Keluhan netizen supaya Yb Syed Saddiq beri perhatian kepada pencapaian hebat Mat Redho akhirnya berbaloi. Ini anugerah yang bakal beliau dapat

 

Menerusi kenyataan di laman Twitter miliknya, Syed Saddiq berhasrat mencalonkan atlet sukan ekstrem berusia 30 tahun itu sebagai penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018.

Katanya, pencalonan itu berdasarkan kejayaan Mat Redho menjuarai Liga Cabaran Ninja (NCL) 2018 di Perth, Australia, kelmarin selepas menewaskan juara Amerika Syarikat, Jake Murray dan wakil tuan rumah Cameron D’Silva yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan tahniah kepada saudara Mat Redho yang dinobat sebagai juara NCL 2018.

“Apabila nama Mat Redho dibawa ke perhatian saya tiga minggu lalu oleh rakan netizen mengenainya, saya telah meminta KBS (Kementerian Belia dan Sukan) mengambil maklum untuk membantunya.

“Malah, saya ingin mencalonkan dia sebagai penerima anugerah khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara.

“Tahniah saudara! Anda menjadi inspirasi bagi ramai rakyat Malaysia dan terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia tercinta,” kata Syed Saddiq.

Pada pertandingan itu, Mat Redho yang juga bekas pemenang program Fear Factor Malaysia menjuarai saingan Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 selepas berjaya melepasi semua halangan dalam tempoh 5 minit 13.09 saat.

VIDEO: Aksi Mat Redho Ninja Melayu yang membanggakan negara dan seluruh rakyat Malaysia.. Padu beb!

Aksi Mat Redho Ninja Melayu yang membanggakan negara dan seluruh rakyat Malaysia.. Padu beb! Video daripada Youtube – BESIHITAM

Posted by Zahida Zarik Khan on Wednesday, 7 November 2018

Mat Redho dicalonkan untuk APBN 2018

#BuletinBernama : Kejayaan Mat Redho menjuarai Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 di Perth, Australia bukan hanya menjadi tumpuan di media sosial, bahkan turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam video yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya petang tadi, Syed Saddiq menzahirkan ucapan tahniah, dan turut mencalonkan Mat Redho sebagai penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018.

Mat Redho dicalonkan untuk APBN 2018

#BuletinBernama : Kejayaan Mat Redho menjuarai Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 di Perth, Australia bukan hanya menjadi tumpuan di media sosial, bahkan turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Dalam video yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya petang tadi, Syed Saddiq menzahirkan ucapan tahniah, dan turut mencalonkan Mat Redho sebagai penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018.[Tonton BNC di Astro 502, unifi tv 631, MYTV 121 dan LIVE YouTube Bernama News Channel]

Posted by Bernama News Channel on Wednesday, 7 November 2018