‘Kalau hormat saya, kenapa keluarkan juga lagu ini?’ – Dayana dedah Naim tidak jujur

Ibu Dayana, Aida Daud sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan meluahkan perasaan terkilan dan memberi amaran kepada penyanyi Naim Daniel, supaya tidak menceritakan kisah percintaan lampau bersama anak sulungnya.

Kini timbul pula isu baru, apabila ibu Dayana mendakwa lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel adalah hasil ciptaan bersama Dayana dan Naim semasa mereka dalam perhubungan.

Tampil menyokong dakwwaan ibu Dayana, tuan empunya badan tampil memberi penjelasan menerusi satu muat naik di laman Instagramnya.

Menurut Dayana, tujuannya memuat naik kenyataan tersebut adalah kerana ingin memperjelaskan segalanya yang terjadi selepas beberapa spekuIasi yang mula diperkatakan netizen.

Menerusi kenyataan tersebut, Dayana turut menjelaskan tentang apa yang terjadi kepadanya dan Daniel serta menjawab segala tanda tanya ramai

Menerusi kenyataan tersebut, Dayana menjelaskan hubungannya dengan Daniel terputuus kerana Daniel sudah mempunyai kekasih hati yang lain.

“SAYA PERGI DAN FOKUS PADA PENGHIJRAHAN SAYA SEHINGGALAH SAYA BERTUNANG.”

Walaupun begitu, selepas beberapa jam memuat naik kenyataan tersebut di Instagramnya, Dayana telah memadamkan status tersebut.

Sumber : Dayana Amerda