“Kacaknya! Macam lelaki K-Pop..” – Pakai sut lumba kereta, Wany Hasrita dapat gelaran ‘abang’

Sebelum ini, penyanyi Wany Hasrita pernah dikaitkan dengan kontroversi tentang Haqiem Rusli yang kononnya ingin bersara di dalam industri muzik sehingga beliau perlu hadir ke sidang media untuk meleraikan perbalahan antara mereka.

Baru-baru ini, penyanyi Rintihan Rindu itu sekali lagi mendapat perhatian para pengikutnya di Instagram selepas beliau memuat naik gambar dengan set pakaian lengkap untuk berlumba kereta di Trek Go Kart di Shah Alam.

Malah penyanyi berusia 25 tahun itu telah menulis kapsyen bahawa sudah bertukar penampilan seperti ayahnya, Hasbullah kerana kelihatan penuh bergaya selepas menyarungkan helmet di kepala.

“Abang dah siap nk lumba ni.🤪. 3 hari kelas banyak wany belajar utk race akan datang kat Terengganu ni! Nebesss akak.

Ps; mcm Hasbullah sgt muka akak pakai helmet ni. Tak rupa gigirl dh.😂

,” tulisnya.

 

 

Rakan-rakan artis dan peminat turut mengambil kesempatan ‘membahan’ Wany dengan mengatakan sekiranya melihat keningnya, memang jelas kelihatan seperti seorang lelaki K-Pop.

Sumber : Wany Hasrita

 

Kredit: Ohmymedia