Jangan penyet nyamuk gajah. Tak sangka ini sebabnya membuat semua tergamam.

 

Video Ihsan tiada kaitan cover depan

Nyamuk gajah (elephant mosquito) adalah nama dari sejenis nyamuk yang mendapatkan nama demikian kerana ukurannya yang besar untuk ukuran nyamuk. Ada setidaknya 17 spesis nyamuk gajah yang sudah dikenalpasti & semuanya termasuk ke dalam genus Toxorhynchites. Masing-masing spesis ini memiliki ukuran maksimum & habitat yang pelbagai. Sebagai contoh, spesis Toxorhynchites brevipalpis yang berasal dari kawasan tropika Afrika  sayap nyamuk ini boleh mencapai  sehingga 2.5 cm.

Spesis T. splendens di lain pihak memiliki ukuran yang sedikit lebih kecil dibandingkan T. brevipalpis. Panjang tubuhnya “hanya” mencapai 0.7 cm dengan keadaan sayap maksimum 1.2 cm. Habitatnya tersebar mulai dari wilayah Sri Lanka hingga Kepulauan Fiji di Pasifik. Spesies T. rutilus memiliki ukuran yang serupa dengan T. splendens. Bezanya adalah jika T. splendens habitat liarnya berada di kawasan tropika Asia & Oseania, maka spesies T. rutilus habitat asal berada di wilayah timur AS yang beriklim 4 musim.

Sila tengok video nyamuk dibawah

Nyamuk gajah secara garis besar memiliki kitaran hidup yang serupa dengan spesies-spesies nyamuk lainnya. Mereka menjalani metamorfosis sempurna yang terdiri dari fasa telur, larva jentik-jentik, kepompong, & nyamuk dewasa. Nyamuk betina melepaskan telurnya secara terapung di permukaan air. Tempat-tempat yang digunakan oleh nyamuk betina untuk bertelur adalah perairan berarus tenang, seperti di tempat-tempat takungan air.

Jangan Bunuh Nyamuk Gajah.Ini Sebabnya Yang Mengejutkan

Perbandingan ukuran nyamuk gajah dengan jari manusia.

(Sumber)

Telur tersebut selanjutnya menetas menjadi jentik-jentik yang pandai berenang dengan cara mengibas-ngibaskan tubuhnya. Jentik-jentik nyamuk gajah tidak boleh bernafas di dalam air & harus menghirup oksigen dari udara luar secara berkala dengan memakai tabung pernafasan di ujung ekornya. Seperti nyamuk dewasa yang berukuran besar, jentik-jentik nyamuk gajah juga memiliki ukuran yang besar.Fasa pertumbuhan terakhir jentik-jentik ini boleh tumbuh hingga sepanjang 2 cm.

Seekor jentik-jentik nyamuk gajah boleh memakan setidaknya 400 ekor jentik-jentik sebelum berubah menjadi kepompong. Jika perairan tempatnya hidup terlalu sempit, selalunya jentik-jentik nyamuk gajah memakan jentik-jentik nyamuk gajah lain yang ukurannya lebih kecil.

Nyamuk betina selain nyamuk gajah  perlu menghisap darah makhluk lain supaya boleh mendapatkan cukup protein untuk mematangkan telur-telurnya. Namun hal demikian tidak berlaku pada nyamuk gajah. Nyamuk gajah tidak menghisap darah makhluk lain. Nyamuk ini selalunya akan memakan nyamuk-nyamuk daripada spesis lain terutamannya nyamuk pembawa penyakit seperti nyamuk aedes.

‘Nyamuk gajah’ Toxo berjaya turunkan bilangan kes denggi di Subang

KUALA LUMPUR: Penggunaan Nyamuk Toxorhynchites atau ‘nyamuk gajah’ untuk membasmi wabak denggi telah menunjukkan hasil yang positif.

Satu ‘penurunan ketara’ kes demam denggi telah dilaporkan di tapak kajian pertama untuk inovasi kawalan pembiakan Aedes ini, menurut Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Di tapak kajian pertama untuk projek ini iaitu Kampung Sri Aman, Subang, tiada kes denggi dilaporkan daripada Ogos 2012 hingga Julai 2013, semenjak projek ini dimulakan pada Jun 2011.

Ini selepas sebanyak lima kali program pelepasan nyamuk Toxo telah dijalankan di Kampung Sri Aman iaitu pada Oktober 2011, Januari 2012, Julai 2012, Mac 2013 dan Julai 2013.

Jentik-jentik nyamuk Toxo bertindak memakan jentik-jentik nyamuk Aedes sekaligus mengurangkan pembiakan pembawa demam denggi.

MBSJ berharap program Toxo dapat terus membantu mengurangkan kejadian kes denggi di kawasan MPSJ.

Pada masa yang sama, kawasan di bawah MPSJ menunjukkan peningkatan kes denggi sebanyak hampir 900% pada 2014.

Terdapat sebanyak 1,646 sehingga 22 Februari 2014 dibanding dengan tahun sebelumnya bagi tempoh yang sama, iaitu 168 kes bagi tahun 2013 dan 161 kes bagi tahun 2012.

“Daripada 1,646 kes demam denggi/demam denggi berdarah yang dilaporkan itu, 1,298 kes daripadanya adalah kes positif dengan melibatkan 38 kawasan hotspot,” menurut satu kenyataan daripada MPSJ.

MPSJ berkata, antara tindakan yang diambil adalah selaras dengan Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu pemeriksaan ‘cari dan musnah’, menjalankan pengwasapan dan hapus jentik-jentik menggunakan kaedah larvaciding dengan bahan kimia dan agen biologi.

Antara lain, MPSJ juga meningkatkan program kesedaran dan kempen anti denggi dengan menjalankan aktiviti-aktiviti , menjalankan pemantauan dan penutupan tapak binaan aktif yang didapati membiak nyamuk aedes, dan bertemu dengan wakil-wakil penduduk melalui Jawatankuasa Penduduk MPSJ untuk menjalankan aktiviti gotong-royong dan hebahan kesedaran kepada peduduk

“Pengawalan wabak demam denggi memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Kerjasama penduduk masih rendah dalam memberi kerjasama semasa pemeriksaan pembiakan aedes dan pengwasapan dijalankan,” kata MPSJ.

Ia berkata semua pihak perlu lebih peka dan tidak lalai untuk memastikan kawasan rumah terutama halaman rumah bebas daripada tempat-tempat berpotensi untuk pembiakan nyamuk.

 

Sumber 1: re-tawon.com
Sumber 2: astroawani.com

sumber: sembangtular