Inilah Rahsia Tun Mahathir Masih Mampu Solat Berdiri Di Usia 93 Tahun.

BEKAS Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir berkongsi tips kesihatan bagaimana beliau masih mampu solat berdiri walaupun usianya sudah menjangkau 93 tahun di dalam menjawab soalan salah seorang pengikut di laman facebook miliknya.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Ikuti soalan dan jawapan penuh Tun Mahathir di bawah ini.

Berikut soalan yang diajukan kepada beliau:

“Assalamualaikum Tun, yang dihormati, dunia remaja saya dulu dalam era Tun, dan saya menjadi dewasa dalam era Tun juga, saya bersyukur di saat saya sudah berada dalam fasa warga emas, Tun masih lagi bersama-sama dengan kami rakyat Malaysia yang mengasihi Tun.

Namun yang paling mengkagumkan saya adalah kesihatan luar biasa yang Allah anugerahkan kepada Tun, memang Tun selalu juga memberi tips dan nasihat kepada kami bagaimana untuk mendapatkan kesihatan yang berterusan.

Tapi ada satu persoalan yang telah lama terpendam dalam sanubari saya iaitu bagaimana Tun dapat mengekalkan kekuatan untuk Tun sehingga di usia sekarang masih dapat solat berdiri lagi sedangkan majoriti orang tua-tua yang jauh lebih muda dari Tun sudah pun menggunakan kerusi untuk solat.

Memang saya respect dengan kesihatan Tun yang hebat Semoga Saya pun beroleh kesihatan seperti Tun juga mudah-mudahan,”

Berikut pula jawapan penuh Tun Mahathir terhadap soalan tersebut:

“Terima kasih, iya saya cuma ingin berkata bahawa dalam kehidupan kita segala-galanya mestilah sederhana, tidak keterlaluan sebab itu bagi saya satu perkara yang amat penting sekali ialah saya tidak menghisap rokok, saya tidak minum arak, dan bila makan saya makan tidak terlalu banyak.

Bila kita makan terlalu banyak maka perut kita akan menjadi lebih besar, bila perut kita lagi besar kita mesti makan banyak baru berasa kenyang. Satu hari (bila makanan) berasa amat sedap kita makan lebih daripada biasa dan perut (jadi lebih) besar lagi.

Semakin lama perut kita akan semakin besar, kita perlu makan banyak sebelum kita kenyang dan itu akan menyebabkan badan kita menjadi gemuk, berat, dan tidak sihat.

Kalau kita terlalu gemuk ia tidak sihat, dia memberi apa nama jantung kita perlu tanggung beban yang cukup banyak untuk pam darah kita ke seluruh badan yang begitu besar.

Jadi jantung lama-lama dia tak tahanlah. Pasal jantung kita ni sejak sebelum kita diberanakkan pun jantung sudah berdenyut dan saya umur 91 tahun dekat-dekat dengan 92 lah, dan selama itu jantung saya dok pam tak berhenti kalau dia berhenti saya matilah.

Jadi Itulah sebabnya, yang kita perlu fikir sama tentang beban yang ditanggung oleh jantung. Kalau kita terlalu gemuk, jantung kita terpaksa kerja kuat lama-lama dia give up (putus asa) bila dia give up Itulah sebabnya kita dapati, ramai orang yang overweight (berat melampau) mereka menghadapi macam-macam masalah.

Sudah tentu bacaan blood pressure (tekanan darah) kerana pam terlalu kuat, masalah apa nama, Angin Akhmar kata orang paralisis badan dan sebagainya.

Semua ini disebabkan oleh makan terlalu banyak sehingga badan terlalu gemuk yang memberi beban yang amat tinggi kepada jantung, dan juga sistem-sistem lain dalam tubuh badan kita oleh itu kalau nak tanya apa dia saya buat, saya Itu saja saya tak hisap rokok daripada awal, saya tak minum arak, dan saya makan secara sederhana walau bagaimana sedap sekali pun”.

Soalan dan jawapan penuh oleh Tun Mahathir boleh juga diikuti dalam video berikut.

 

Sumber