Ini ucapan terakhir Zaibo sebelum rebah

 

Pelakon, Zaibo, kini sudah tiada…

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak veteran Zainal Ariffin Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan nama Zaibo telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1.30 petang, Rabu di Rengit, Johor.

Berita pemergiannya itu telah disahkan oleh anaknya sendiri, Hafiz melalui laman Facebooknya.

Tahap kesihatan Zaibo, 62 tahun, selama ini terjejas selepas didiangnos menghidap kanser esofagus tahap empat sejak September lalu.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima khabar dukacita itu menerusi isteri Zaibo, Siti Hawa Sawal.
“Beliau telah banyak berlakon dalam drama dan filem tempatan dengan pelbagai watak yang mencuit hati penonton serta meninggalkan kesan kepada penonton.

“Arwah Zaibo akan dimandikan dan disolatkan di rumah beliau dan akan dikebumikan di Tanah Perk uburan Islam Rengit selepas solat Isyak,” ujar kenyataan tersebut.

Hafiz mewakili keluarganya memberitahu kepada umum ayahnya telah meninggal dunia di Facebook.Hafiz mewakili keluarganya memberitahu kepada umum ayahnya telah meninggal dunia di Facebook.

Pelakon yang dikenali menerusi penampilannya dalam sitkom Spanar Jaya itu telah berhenti daripada mengambil sebarang kerja berlakon sejak dua tahun lalu.

Sepanjang Allahyarham bertarung dengan kansernya, khabar Zaibo hanya diketahui umum apabila ada rakan-rakan artis atau wartawan yang berkongsi tentangnya menerusi media sosial.

Baru-baru ini, puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim juga sempat menziarahi pelakon itu di kediamannya di Rengit. Berdasarkan kapsyen gambar Tunku Aminah yang dimuat naik di akaun Instagram @TheRoyalJohor itu, beliau menziarahi Zaibo kerana selama ini mengikuti lakonan dan perkembangan kariernya.

Allahyarham Zaibo juga pernah memainkan watak yang diingati dalam sitkom Singapura, Under One Roof, selain berlakon dalam filem Awan Dania: The Movie, Manisnya Cinta Di Cappadocia, serta menggalas peranan kecil pada tahun 1999 menerusi filem Hollywood, Anna and the King.

“Zaibo takbir tiga kali sebelum rebah”

Zaibo takbir tiga kali sebelum rebah

BATU PAHAT: Pelakon dan pelawak terkenal, Zaibo disahkan meninggal dunia jam 1.30 tengah hari tadi di kampung halaman isterinya di Rengit, Batu Pahat.

Menurut Siti Hawa Sawal, 52 tahun, allah yarham suaminya menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya serta beberapa anak yang turut menemani beliau.

“Dia baru selesai mandi masa tu dan tiba-tiba batuk. Tapi, dia sempat takbir tiga kali sebelum rebah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Pada 5 September lalu, Sinar Harian melaporkan Zaibo dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh akibat kanser esofagus (esophageal cancer).

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, mengakui tidak menyangka menghidap penyakit tersebut kerana sebelum ini hanya mempunyai masalah darah tinggi dan kolesterol.

Sementara Jumaat lalu, Siti Hawa mengakui keadaan suaminya itu semakin pulih dan memerlukan rehat yang cukup selain meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Zaibo.

sumber: astroawani

VIDEO: