Ini sebab sebenar mengapa TMJ hanya memandu kereta Kancil menghadiri majlis. Ada kenangan rupanya

 

 

SEDIA maklum Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sememangnya seorang yang meminati kereta mewah dan klasik.

Setiap kali hadir ke sebarang majlis, orang ramai pasti ingin melihat kereta yang dipandu TMJ.Daripada jenama yang biasa dengar sehinggalah jenama yang tak pernah diketahui kewujudan kereta itu.

Terbaru, kereta yang dipandu TMJ semasa menghadiri majlis pelancaran permohonan aplikasi online Rumah Impian Bangsa Johor di pejabat Yayasan Sultan Ibrahim menarik perhatian ramai.

AssalammualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh,Selamat Pagi, Salam Sejahtera,Pada Pagi tadi 31hb Oktober 2018.Perasmian…

Posted by Muhammad Jefreel on Tuesday, 30 October 2018

Mana tidaknya, TMJ memandu kereta yang pernah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia satu ketika dahulu, Perodua Kancil.

Menerusi video yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook Muhammad Jefreel itu, TMJ dilihat mahu berangkat pulang daripada majlis tersebut sebelum memandu sendiri kereta Kancil diiringi pengiring.

Lebih menarik, kereta Kancil berwarna gelap dengan nombor pendaftaran JBL 2 itu dilihat mempunyai ‘sunroof’ dan masih kelihatan baharu.

sebab sebenar mengapa TMJ hanya memandu kereta Kancil menghadiri majlis

Menerusi carian di laman sosial, laman rasmi Twitter pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, Johor Southern Tigers pernah memuatnaik foto kereta tersebut pada bulan Jun lalu dan TMJ memberitahu itu kereta pertamanya selepas mendapat lesen.

“Inilah kenderaan pertama saya yang dikurniakan kepada saya oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor sewaktu saya memperolehi lesen kenderaan buat pertama kalinya.

Malah natizen turut meninggalkan komen-komen mereka.

“Mula-mula tengok penuh yakin…. tengok bahagian itu, tapi memang sempoi, terbaik. TMJ kami yang ringkas, , tidak menunjuk kemegahan,” tulis Alesha Adam.

“Rare (jarang berlaku) gila…hahaha… sumpah rare… memang selamba habis,” tulis Brader Mat

“Hahaha. Gila mana nak dapat kancil sempurna macam itu.  Enjin senyap.  Memandu pun lancar.  Apa-apa pun terbaik TMJ,” tulis Azam Ishak.

“Saya sebagai pengguna kereta kancil amat berbangga dengan TMJ,” tulis Ezwanrahimy Zakaria.

Perodua Kancil (dikenali sebagai Perodua Nippa di pasaran United Kingdom dan Daihatsu Ceria di pasaran Indonesia) merupakan sebuah kereta kecil yang pertama dikeluarkan oleh Perusahaan Automobil Kedua (PERODUA).Ia mula dilancarkan pada tahun 1994. Ia dinamakan Kancil sempena nama seekor binatang bijak yang pernah muncul dalam cerita-cerita kanak-kanak zaman dahulu.

Tetapi, penjualan Perodua Kancil berhenti pada 2009 dengan penjualan 722,223 buah, dan ia telah bertukar kepada Perodua Kelisa.

Perodua Kancil merupakan kereta keluaran pertama PERODUA sejak dilancarkan pada 1994. Ia mempunyai 4 pintu dengan keluasan 5 tempat duduk. Perodua Kancil ke-50,000 dilancarkan pada 1996. Perodua Kancil ke-100,000 dilancarkan pada 1997. Perodua Kancil ke-250,000 dilancarkan pada tahun 1999. Tetapi, penjualan Perodua Kancil berhenti pada 2009 dengan penjualan 722,223 buah, dan ia telah bertukar kepada Perodua Kelisa.

Kancil merupakan model paling popular terutama kepada pemandu baru dan wanita serta paling banyak digunakan oleh sekolah memandu. Ia kecil, kompak dan menjimatkan dari segi bahan api (RM 10.00 untuk kira-kira 100 kilometer).

VIDEO:

Posted by Muhammad Jefreel on Tuesday, 30 October 2018

Sumber: Sinar

Tengok Apa Jadi Kat Muka Mummy. Aksi Comel Puteri Sulung TMJ Make Up Mummy Dia Buat Netizen Terhibur

Jika sebelum ini tular tentang perkongsian puteri sulung Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya Che’ Puan Khaleeda Bustamam, Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama pada 2 Julai lalu.

Netizen boleh melihat sambutan hari jadi bertemakan Lili’s Carnival itu dikongsikan di laman sesawang rasmi dan media sosial Johor Southers Tigers baru-baru ini.

Terdahulu Tunku Khalsom Aminah Sofiah diputerikan pada 25 Jun 2016 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Selain itu Sultan dan Permaisuri Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah turut berangkat ke majlis itu selain kaum kerabat terdekat.

Majlis yang diraikan penuh meriah dan santai itu turut dihadiri oleh pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).

Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ juga selalu berkongsi momen-momen beliau bersama isteri dan puteri serta putera beliau.

Sememangnya netizen bergitu terhibur melihat seorang anak raja yang begitu bersahaja dilihat di videotanpa sebarang protokol.

Sementara terbaru, TMJ dilihat memuat naik sebuah video gelagat puteri sulung beliau. Dalam video tersebut Tunku Khalsom Aminah Sofiah dilihat begitu cerdik cuba menyolek ( make up) mummy nya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

” I’m witnessing a very famous, make up artist, in the making..Miss Li, lily” kata TMJ dalam video tersebut sambil menghalakan video ke arah puterinya yang comel itu.

Rata-rata netizen begitu terhibur dengan telatah comel puteri TMJ dengan Che’ Puan Khaleeda Bustamam itu yang sungguh comel


Jom baca apa komen netizen di bawah
1) Sweet nya..Leo angguk bila babah tanya cantik x Leo? Leo angguk tu maknanya cantiklah lily makeup mama dia.

2) cuba sekali tmj potong jambang dgn misai..lepas tu potong rambut pendek style pomade ke… mesti lgi hensome.. Comel je mama lepas make up

3) best nye ade daughter, blh main make up make up.. i got son, everday kene main monster & ultraman.. Doakn baby sy dlm kandungan ni baby girl pulak..

4) @ymchepuankhaleeda dah memang cantik..Cik Puan Muda pulak make up mama dia ikut imaginasi dia..tangan seni tu.

5) Such a happy family..may Allah bless you and your family..have a fun time tngku lily

6) Proud of this family..mereka yg bz pon ada masa utk family bonding everyday everytime..apelagi kita yg bkn pak menteri ni..good example

VIDEO:

Bila Si Cilik TMJ Cuba Make Up Mummy Dia

" Experiment on Mama..hahah lawak anak TMJ ni"

Posted by Madam's Sweet Cake & Cookies on Tuesday, 30 October 2018