Ini sebab mengapa Najib Razak Puji Video tular mengenai perjalanan politik beliau yang berlatarbelakang lagu “MENCARI ALASAN – EXIST”

 

 

** Video tular mengenai perjalanan politik Najib  yang berlatarbelakang lagu “MENCARI ALASAN – EXIST” di pautan terakhir artikal ini

Tidak perlu pertahankan saya, Najib beritahu Umno

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Umno tidak perlu mempertahankan dirinya daripada serangan pihak lawan kerana dia tidak bersalah.

Najib yakin dapat mempertahankan diri dalam perbicaraan yang adil. Bekas presiden Umno ini berdepan 7 pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram di mahkamah.

“Kesalahan saya hanyalah kerana melakukan yang terbaik demi rakyat, negara dan parti saya. Segala tuduhan dan fitnah adalah terhadap saya dan bukan Umno.

“Sebagai perdana menteri dan presiden BN pada masa itu, saya menjadi sasaran pihak lawan yang membuat pelbagai serangan fitnah terhadap saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Najib menjawab perbincangan dalam kalangan pimpinan Umno tentang penglibatannya dalam kempen pilihan raya kecil.

Ketua Umno Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani bimbang kehadirannya akan memberi memberi kesan pada persepsi pengundi, manakala Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli kepada bakti Najib.

Najib menjelaskan tujuannya turun ke DUN Sungai Kandis pada pilihan raya kecil lalu hanyalah untuk menunaikan hasrat calon, Datuk Lokman Noor Adam.

“Saya tidak berhasrat menjadi presiden Umno lagi. Kepimpinan Umno baharu perlu diberikan kepercayaan dan ruang,” katanya.

Najib selaku ketua Umno dan Ahli Parlimen Pekan akan terus bersuara dalam isu rakyat dan negara, kerana mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerajaan lalu.

“Saya berhak menggunakan kebebasan bersuara saya dan berhak mempertahankan diri saya jika timbul lagi sebarang tuduhan dibuat terhadap saya atau kerajaan BN lalu,” katanya.

Najib menjadi menteri besar Pahang pada 1982-1986 dan memegang pelbagai jawatan Kabinet persekutuan selepas itu.

sumber: freemalaysiatoday

 

Berikut merupakan status dari facebook najib razak:

https://www.facebook.com/najibrazak/

“Ada rakan yang hantar link video ini melalui WhatsApp kepada saya.

Saya tidak tahu siapa yang edit video ini tetapi lirik lagu hit yang lama ini macam kena tepat sekali dengan situasi saya!

Terima kasih kepada individu yang edit video ini.”

Lagu asal exist mencari alasan

Ikhlasnya hati sering kali disalah arti
Tulusnya cinta tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan kelukaan ini
Ku mengalah ku bersalah

Berpaling muka bila saling bertatap mata
Seolah kita tiada pernah saling menyinta
Mencari sebab serta mencari alasan
Supaya tercapai hasratmu

Manis di bibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpana
Bujuknya rayunya suaranya
Yang meminta simpati dan harapan

Engkau pasti tersenyum
Dengan pengunduran diriku
Tetapi bagi diriku suatu keterangan
Andainya kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia

Ada baiknya bila tidak lagi bersama
Terasa jauh kini ku kini dengan dosa
Aku tinggalkan walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak mengubah

artikal oleh :  theexpressviral