Ini kata2 sedih Syahmi selepas menghadiahkan penalti buat skuad Gajah Perang

 

Malam tadi kita menyaksikan kemenangan pasukan Harimau Malaya menentang juara bertahan, Thailand bagi perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Thailand.

Gol yang diperolehi hasil jaringan daripada Muhammad Syahmi Safari dan Norshahrul Idlan Talaha dapat menyamakan kedudukan 2-2 dan seterusnya memberi kemenangan kepada pasukan Malaysia.

Keputusan seri itu sudah memadai untuk skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Saat paling mendebarkan apabila pengadil memberikan sepakan penalti kepada pasukan Thailand kerana kesalahan daripada Syahmi pada minit-minit terakhir perlawanan.

Namun nasib masih menyebelahi Malaysia apabila apabila sepakan penalti yang diambil Adisak Kraisorn, melepasi palang gol Malaysia dan akhirnya keputusan seri itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Tahniah kepada semua pemain Harimau Malaya. Anda sudah lakukan yang terbaik. Kekalkan prestasi, baiki kekurangan dan fokus pada perjuangan yang seterusnya.

Syabas juga diucapkan atas sokongan padu rakyat Malaysia terutama sekali Ultras Malaya yang tidak henti-henti memberi sokongan kepada pasukan negara setiap kali perlawanan diadakan di stadium.

Yang terbaru, Zaquan Adha memuatnaik rakaman video pasukan Harimau Malaya meraikan kemenangan di bilik persalinan. Turut kelihatan Syahmi sedang bersedih dengan apa yang berlaku pada perlawanan malam tadi sehingga membolehkannya mendapat kad merah.

Baca perkongsian Zaquan dan tonton video di bawah :

Bila Harimau bangkit dari mimpi ngeri. Hahaha. #HarimauMalaya

Posted by Gosip Hub on Wednesday, December 5, 2018

” Alhamdulilah.. semoga kemenangan ini tidak menjadikan kami org yg riak.. perjuangan masih belum tamat.. well done guys.. “

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Zaquan dan semua pemain Harimau Malaya. Antara komen-komen netizen :

” Apek gaya xleh tahan tu.. possing seketika sambil headbanging kecil.. hahahahaha.. “

” Kesian tgok syahmi tu.. xpe bro.. baekk dah game td.. red card dont care.. congrats captain !! Harimau tidur lena lah malam ni.. org sana pulak nightmare mimpi nang nak.. “

” Oklah syahmi buat hand…. Kalau tak hand mungkin bleh gol thailand tu….. Hehe.. “

” Kesian syahmi kt belakang tu capt @zaqone_08.. “

” Tahniah terbaik hebat bt bosku2 semua menjadi kebanggaan rakyat malaysia menghadiahkan malaysia mara ke final.. “

” Alhamdulillah tahniahhh…. Smoga kemenagan berpihak pda negara kite lagik.. Trima ksih player malaysia.. Jasa mu d kenang utk rakyat malaysia… “

” Cheer kan si syahmi tu ahahhahaha takpe la bro hg dah sedekahkan goal kot kat msia lawa lagi.. “

” Ada hikmah kenapa syahmi angkat tgn dan penalti.. sudah ditakdirkan kita ke final. Kalaulah tak kena tgn dia mngkin bola tandukan adisak gol. Kita mrncang Allah pun mrncang Allah lah sebaik-baik perancang.. “

Kepada Syahmi, janganlah bersedih hati. Anda adalah seorang hero dan penyelamat. Mungkin betul kata salah seorang yang memberi komen di atas, jika bola tidak terkena tangan Syahmi, berkemungkinan Thailand memperolehi gol. Ada hikmah setiap apa yang berlaku.

“Saya Hilang Kata2”

BANGKOK: Pertahanan kanan negara, Syahmi Safari mungkin menjadi pemain Malaysia yang paling lega susulan kegagalan Thailand menempah tiket ke final Piala AFF 2018 dan mempertahankan trofi itu.

Ketika anak buah Tan Cheng Hoe hampir berada di ambang final, Syahmi memberikan ‘bantuan terbesar’ buat skuad Gajah Perang itu apabila menghadiahkan sepakan penalti susulan bola terkena tangannya ketika saingan berbaki hanya setengah minit.

“Ketika itu, saya hilang kata-kata apabila pengadil memberikan sepakan penalti dan kad kuning kedua. Jadi saya terpaksa reda dengan keputusan yang diberikan.

Kalaulah Thailand berjaya menjaringkan gol, memang itu berpunca daripada kesilapan saya tetapi rezeki sememangnya berada di pihak kita.

“Mujurlah jurulatih dan rakan sepasukan banyak memberi kata-kata dorongan. Bagi saya, perkara ini menjadi pengajaran paling berguna dan saya perlu bangkit daripada kesilapan ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.

Pada aksi malam tadi, pemain Selangor itu mendiamkan pelusuk Stadium Rajamangala apabila percubaan jarak jauhnya gagal ditepis Chatchai Budprom untuk Malaysia mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-28.

Bagaimanapun, sepakan penalti yang diberikan pengadil dari Jordan, Adham Mohammed Tumah Makhadmeh merentap semangat skuad negara namun tendangan Adisak Kraisorn melambung tinggi sekali gus memaksa gergasi Asia Tenggara itu menelan ego di laman sendiri.

Sekali imbas, tindakan Syahmi mungkin mirip dengan apa yang dilakukan penyerang Uruguay, Luis Suarez selepas menghadiahkan sepakan penalti kepada Ghana pada minit akhir masa tambahan suku akhir Piala Dunia 2010 apabila menahan percubaan pemain lawan menggunakan tangan.

Asamoah Gyan yang diberi tanggungjawab gagal menyempurnakan sepakan penalti terbabit untuk membawa Ghana ke separuh akhir sebelum mereka akhirnya tewas 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Sama ada kebetulan ataupun tidak, jurulatih Ghana ketika itu adalah Milovan Rajevac yang sekali lagi menyaksikan tragedi sama berulang di Stadium Rajamangala, malam tadi.

sumber: hmetro