Ini Foto Terbaik Sepanjang Zaman Yang Memenangi Anugerah Pulitzer. Namun Kisah Di Sebalik Foto Ini Amat Menyayat Hati

Masih ingat dengan kisah Omayra Sanchez? Kisah sedih yang pernah meruntun hati masyarakat dunia . Ikuti kisah nya dibawah.

Pada 13 November 1985, dunia telah gempar dengan berita tentang ltusan gunung ber4pi Nevado del Ruiz berhampiran kota Armero, Colombia yang disifatkan antara bnc4na terburuk pada abad ke-20. Satu dunia heboh. Warga Colombia bangun seawal pagi terperanjat membaca induk berita akhbar – Armero musnah!

Letusan itu menyebabkan kota Armero yang pada asalnya sebuah daerah subur dan tenang menjadi lumpuh serta-merta. Goncangan dan gegaran yang dicetuskan oleh letusa4 berkenaan telah meranapkan rumah-rumah dan bangunan. Hujan b4ra dan hamburan lah4r pijar yang mengalir ke kaki gunung membakar secara total apa sahaja yang berada di laluannya, termasuklah kota Armero yang berada di kaki gunung Nevado del Ruiz

Suasana bertambah genting apabila salji yang melitupi puncak gunung ‘Si Singa Tidur’ itu cair secara mendadak sehingga menyebabkan banjir lumpur. Aliran deras banjir bercampur l4har bergerak selaju enam meter sesaat, membawa bersama sisa runtuhan, sampah sarap dan timbunan kayu. Semua itu berlaku dalam sekelip mata.

Mata seluruh dunia mula tertumpu ke daerah kecil itu. Rakyat dari segenap pelosok turut terperanjat dan menyatakan rasa simpati terhadap warga Colombia di atas bncana yang menimpa. Segala macam bantuan mula dihulurkan ke sana.

Armero diisytiharkan sebagai wilayah darurat. Myat-myat bergelimpangan di sana sini. Kebanyakannya masih tertimbun di bawah lumpur. Sebahagian besar myat ditemui tidak lengkap anggota tubuh.

Mngsa-mngsa yang terselamat pula mengalami kecederaan serius dan melepuh hampir seluruh badan kerana diselubungi debu gunung ber4pi yang panas. Dianggarkan lebih separuh penduduk Armero terk0rban.

Operasi bantuan dan menyelamat skala besar sukar dijalankan kerana lokasi Armero yang terpencil, ditambah lagi keadaan tanah yang masih dipenuhi lumpur. Jentera berat seperti kren tidak dapat masuk ke wilayah ini. Kerja-kerja mencari mngsa terperangkap hanya mampu dijalankan secara manual menggunakan tangan dan anjing pengesan. Misi pencarian hanya berpandukan suara tangisan dan bunyi ketukan.

Detik cemas gadis 13 tahun

Beberapa mngsa yang masih hidup ditemui di celah-celah sisa runtuhan bangunan. Salah seorangnya ialah Omayra Sanchez, seorang gadis sunti berusia 13 tahun. Beliau ditemui terperangkap dengan separuh daripada tubuhnya – pinggang ke bawah – terbenam di dalam lumpur. Omayra terperuk di dalam lopak selut yang dikelilingi rekahan dinding-dinding konkrit.

Pasukan penyelamat yang menemui Omayra cuba untuk menariknya keluar, namun bahagian kakinya tersepit di bawah runtuhan. Lebih menyulitkan keadaan, setiap kali ditarik, air yang terkumpul di sekelilingnya akan meningkat. Beberapa puing runtuhan juga semakin menghimpit Omayra. Sekiranya keadaan itu berterusan, gadis tersebut akan mti kelemasan.

Untuk beberapa jam yang pertama, pasukan penyelamat tidak mempunyai banyak pilihan. Mereka hanya meletakkan tiub tayar sebagai pelampung untuk anak gadis itu bertahan. Ibunya yang terselamat turut menemani beliau di situ sementara menunggu bantuan tiba.

Pasukan penyelamat sedang berusaha menyelamatkan Omayra .

Pasukan penyelam turun ke dasar untuk melihat keadaan kaki Omayra yang tersangkut. Bahagian paras lutut hingga ke buku lali gadis itu tersepit di antara pintu dan dinding batu. Manakala di bawah tapak kakinya pula terdapat myat seorang wanita yang menjadi alas untuk Omayra merehatkan kaki, iaitu ibu saudaranya sendiri.

Tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan gadis berambut kerinting itu melainkan kakinya perlu dipotoong. Namun, perkara tersebut tidak dapat dilakukan kerana kekurangan peralatan dan bekalan ubatan yang minimum.

Ibunya, pasukan penyelamat dan saki-baki warga Armero yang masih hidup setia berada di situ menemani Omayra. Mereka berusaha menguatkan semangat anak gadis itu dengan menghiburkannya, mengajaknya menyanyi dan membantunya mengatasi ketakutan. Setiap kali anak itu menangis, mereka akan menangis bersama.

Selepas hampir 36 jam, wartawan dan jurugambar dari seluruh dunia telah mula membanjiri kawasan bencana. Mereka hadir untuk melaporkan berita tentang kemusnahan kota Armero. Dalam masa yang sama, warga media turut bersama Omayra dan menyiarkan liputan terkini tentang perkembangan gadis itu ke seluruh dunia.

Seorang wartawan dari Jerman, Santa Maria Barragan telah menemu ramah Omayra dalam keadaannya yang masih tersepit. Dia memujuk dengan membawa makanan ringan dan minuman soda untuk anak gadis itu.

Omayra menceritakan detik cemas bagaimana dia cuba untuk menyelamatkan neneknya yang terjatuh ketika tragedi banjir lumpur itu berlaku. Namun semuanya berlalu begitu pantas tanpa dia mampu berbuat apa-apa. Dalam temu bual itu, Omayra turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu dan memohon seluruh warga dunia mendoakannya.

Pada hari ketiga, bantuan masih tidak kunjung tiba. Omayra sudah mula berhalusinasi dengan mengatakan dia tidak mahu lewat ke sekolah. Sesekali dia turut menyebut tentang peperiksaan matematik. Ketika ini anak matanya menjadi hitam pekat, mukanya bengkak dan tangan pucat lesi. Pada suatu ketika Omayra meminta orang-orang di sekeliling meninggalkannya bersendirian supaya dia boleh berehat.

Pasukan perubatan yang hadir tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka menyatakan sekiranya kaki Omayra dipotoong sekalipun, ia tidak mampu untuk menyelamatkan nyawa gadis itu kerana masalah jangkitan kuman. Justeru, mereka bersetuju bahawa adalah lebih berperikemanusiaan sekiranya membiarkan Omayra mti begitu sahaja.

Seorang jurugambar profesional dari Perancis, Frank Fournier yang berada di lokasi bencana telah memotret gambar Omayra dalam keadaan gadis itu yang semakin lemah. Potret inilah yang telah menggegarkan dunia, sehingga memenangi anugerah Pulitzer dalam kategori fotografi tahunan terbaik pada 1986. Malah, ia menjadi antara foto paling terkenal di dunia sehingga kini.

Selepas hampir 60 jam terperangkap, Omayra akhirnya tewas. Dia mennggal dunia akibat penyakit gangren dan hypothermia kerana terlalu lama terendam di dalam air. Omayra pergi meninggalkan kontr0versi dan seribu satu persoalan terhadap kerajaan Colombia yang lambat bertindak.

Dua bulan sebelum tragedi tersebut berlaku – September 1985, pasukan penyelidik geologi Colombia sebenarnya telah mengesan aktiviti gempa dan letusan freatik yang menggegarkan kawasan di sekitar gunung ber4pi berkenaan. Gegaran itu telah menyedarkan pihak berwajib tentang sesuatu yang bakal berlaku. Mereka mula merancang untuk sesi pemindahan secara besar-besaran.

Satu peta amaran telah dikeluarkan pada bulan Oktober –menekankan tentang bahaya abu gunung ber4pi yang dijangka jatuh memenuhi daerah Murillo, Santa Isabel dan Fursui serta ancaman lahar di wilayah Mariquita, Guayabal, Chinchina dan Armero. Bagaimanapun, peta amaran ini kurang diagihkan kepada penduduk-penduduk yang berisiko tinggi.

Perkara itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan warga tempatan kerana banyak rumah-rumah telah dibina di kawasan laluan l4har. Malah, kebanyakan mngsa langsung tidak pernah menyedari tentang amaran ini.

Dalam masa yang sama, kerajaan Colombia turut dikritik kerana gagal menyampaikan bantuan secepat mungkin. Pihak pemerintah memberikan alasan bahawa srangan gerila ke atas istana presiden adalah faktor utama kelewatan berlaku. Namun, ia hanya alasan semata-mata kerana kerajaan seperti memandang enteng kepada rakyatnya yang lebih memerlukan bantuan.

Selepas misi menyelamat berakhir, Armero telah ditutup untuk selamanya-lamanya. Mngsa-mngsa yang terselamat telah dipindahkan ke kota-kota lain yang berhampiran. Armero kini hanya tinggal kenangan, hilang bersama tragedi kemtian Omayra dan ribuan mangsa yang lain.

Jutaan warga di seluruh dunia turut bersedih dan menitiskan air mata menerima berita kemataian Omayra. Selamat tinggal Omayra Sanchez, semoga kau tenang di sana.

Sumber edisimedia.com