Illustrasi KEJAM Yang Mendedahkan Apa Yang Haiwan Lakukan Apabila Mereka Menjadi Manusia!!

Cuba anda bayangkan apabila dunia ini terbalik dimana anda menjadi seperti haiwan dan haiwan pula menjadi sebaliknya? dan mereka (haiwan) memperlakukan dan melayan anda (manusia) seperti mana yang anda lakukan kepada mereka sekarang. Cukup menakutkan bukan? Nah, inilah tema siri ilustrasi yang mengejutkan ini direka khas untuk membuat anda berfikir melalui perspektif berbeza mengenai cara manusia memperlakukan haiwan.

Bayangkan jika hidung anda yang diburu dan dipotong untuk menjadi perhiasan.Seronok tengok sarkis? Bagaimana pula jika anda pula yang dipukul untuk dilatih sebagai hiburan.Selfie dengan hidupan laut memang menarik. Cuba anda diperlakukan perkara yang sama.

Rebus sementara masih hidup. Untuk mengekalkan kesegaran.

Harini berjaya memburu manusia. Ambil gambar boleh show off dekat FB demi secebis like.

Kepala manusia sebagai trofi peribadi. Pemburu yang hebat!

Manusia berkicau sangat merdu bunyinya.

Ujian klinikal ini perlu dilakukan kepada manusia dahulu sebelum disahkan selamat untuk haiwan.

Matador tu tertunduk rebah. Belakang badannya berjaya ditikam. Penonton bersorak keriangan!

Kulit manusia memang sesuai dipakai untuk fesyen musim sejuk.

Gi shopping daging manusia. Esok nak buat rendang katanya.

Handbag kulit manusia. Hidup dengan penuh style!

Taktau nak pilih sushi yang mana satu. Semuanya sedap-sedap belaka!

Kenduri atau pembunuhan besar-besaran? Anda nilailah sendiri.

Ada manusia yang berjaga diluar rumah. Baru rasa selamat.

Susu segar untuk diproses menjadi susu tepung . Sesuai diminum anak-anak sebelum tidur.

Besarnya tangkapan yang sangkut harini!! Berapa kilo agaknya ye..

Seram tengok illustrasi ni? Inilah hakikatnya apa yang diperlakukan manusia terhadap haiwan. Diharap pembaca terbuka minda setelah membacanya. Jangan lupa pilih dan tulis diruangan komen yang mana satu paling kejam.

 

Sumber:katakpisang