Rakaman Ibu tak pimpin tangan ketika melintas, anak hampir diremppuh kereta

Sering kali dilaporkan mengenai kejadian kemaIangan yang melibatkan kanak-kanak, ini kerana di usia yang masih lagi mentah mereka kurang peka dengan keselamatan di jalan raya. Kadang ada kes melibatkan ibu bapa atau penjaga mengambil sikap ambil mudah beranggapan anak keciI mereka boleh menguruskan diri.

Terbaru, tular sebuah rakaman dashcam memaparkan seorang kanak-kanak dilanggar sebuah kereta, ketika mangs4 sedang melintas jalan.

Video penuh

Shah Alam Hit n Run 🤬

Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Wednesday, October 9, 2019

Kanak-kanak tersebut pada mulanya berjalan bersama seorang wanita, kemungkinan adalah ibunya, belum sempat wanita itu menarik dia sudah meluru melintas jalan sebelum diIanggar oleh kereta. Keadaan menjadi kecoh seketika saat rakaman menunjukkan situasi tersebut. Ianya berlaku sekelip mata dan mujurlah tiada kenderaan lain dibelakang kereta tersebut.

Mujurlah, nyawa kanak-kanak itu masih panjang kerana walaupun selepas diIanggar dia masih lagi mampu bangun semula setelah terperos0k di bawah kereta.

Video yang dimuat naik menerusi laman Facebook, Info Roadblock JPJ/POLIS, telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Kebanyakkannya mempersoalkan sikap golongan ibu bapa yang cuwai.

Sumber : Info Roadblock JPJ/POLIS