‘Hidup Terlalu Singkat Untuk Cipta Tembok Kebencian’ – MuIianya hati seorang ibu, Tahniah Ain Afini!

Bekas isteri Pencetus Ummah Abu Sufyan, Ain Afini tengah hari semalam telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Berita gembira itu dimaklumkan sendiri PU Abu menerusi posting di laman Instagram.

Meluahkan rasa bersyukur, Ain Afini turut menitipkan pesanan buat bayi yang baru lahir tersebut.

Khalifah kecil umi ayah

Jasad yang meniup cinta sebelum berjumpa,

Denyvt jantvng yang menolak dari tersemmbam dalam,

Tenddangan kecil yang menjadi peneman setia.

Alhamdulillah, selamat datang khalifah kecil umi ayah @puabu.official. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan menjadi manusia yang memberi manfaat.

Hiduplah dengan berkasih saying

Hiduplah dengan berkasih sayang. Sayangi diri, maafkan dan hargai diri sendiri. Secara tak langsung mudah jiwa ini memaafkan orang sekeliling, hidup terlalu singkat untuk mencipta tembok kebencian.

Pilih lah pilihan yang menenangkan hati dan mendekatkan diri dengan redha Allah. .

Terima kasih family, ayah @puabu.official tolong uruskan makcik ni.

Antara posting asal:

Antara komen dari peminat:

Contoh wanita hebat

 

BERITA SEBELUM INI

Umum ketahui Pencettus Ummah Abu Sufyan telah sah menceraikan isterinya, Ain Afini Latif beberapa hari yang lalu. Terbaharu, PU Abu menyatakan bahawa dirinya akan tetap bertanggungjawab terhadap anak beliau.

Antara posting beliau saat debar menantikan kelahiran anak sulungnya.

Bekas isteri kepada Pencettus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain ‘Afini selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 12.55 tengahari di sebuah pusat perubatan Jumaat lalu.

Berita gembira berkenaan dikongsi pendakwah berusia 25 tahun itu menerusi laman Instagram miliknya sebenar tadi dengan meluahkan rasa syukur atas kelahiran putera sulung tersebut.

Antara komen pembaca:

  Alhamdulillah  kedua-dua ibu dan anak sihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran.

Sumber : Ain Afini via Ohbulan!