‘Hanya Allah, Saya, Dia Dan Wanita Itu Saja Yang Tahu Perkara Sebenar’ – Status terbaru Mia Ahmad ini berjaya bongkar segalanya yang terjadi

 

Apa terjadi selepas ini, saya reda’
KUALA LUMPUR: Plot cerita ‘drama’ dalam rumah tangga Mia Ahmad dan pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi Roslan makin hangat apabila pelakon itu berkongsi entri terbaru yang menyentuh perbuatan berbohong.

Status berbunyi ‘A lie may take care of the present, but it has no future’ (pembohongan mungkin boleh menyelamatkan situasi sekarang, namun tiada jaminan masa depan) pantas mencetuskan spekulasi berhubung rumah tangga Mia dan Izham yang sebelum ini dilaporkan ‘diganggu’ pihak ketiga.

BH Online cuba mendapatkan reaksi pelakon Hati Perempuan itu, namun Mia hanya mengulas:

“Apa terjadi selepas ini, saya reda…. Saya tak mampu menjangka lebih jauh.”

Kelmarin, BH Online melaporkan, entri di laman sosial yang antara lain membawa maksud Allah meletakkan seseorang dalam hidup ini bersebab dan menyingkirkannya untuk alasan yang lebih baik menyebabkan nama Mia hangat diperkatakan.

Tidak cukup itu, tindakan Mia memadamkan semua foto suami tersayang yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) memberi bayangan seolah-olah rumah tangga mereka bagai ‘telur di hujung tanduk’.

Mengulas perkara itu, Mia dilaporkan berkata, tindakannya itu berlandaskan alasan kukuh.

“Saya buat ini semua bukan kerana mahu meraih perhatian. Saya buat kerana tercabar dengan suami dan orang di sekeliling.

‘Hanya Allah, Saya, Dia Dan Wanita Itu Saja Yang Tahu Perkara Sebenar’ – Status terbaru Mia Ahmad ini bongkar segalanya yang terjadi

“Ditambah dengan keadaan saya yang masih berpantang, emosi saya jadi tak stabil. Jadi, orang luar nak hukum itu atau ini… Terpulanglah.

“Selama ini, saya terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kehidupan. Tak semua indah, pasti ada turun naik. Mungkin juga semua ini bahagian dan ujian dalam hidup saya,” katanya.

Sementara itu, Izham dilaporkan mendakwa apa yang berlaku ada kaitan dengan cubaan sepasang kekasih yang dikatakan mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka.

“Perkara ini terjadi sejak tiga minggu lalu. Saya kurang pasti apa motif mereka. Malah, lelaki terbabit seolah-olah mahu cakap saya ada hubungan dengan kekasihnya.

“Malah lelaki berkenaan menghubungi Mia memaklumkan saya ada hubungan dengan teman wanitanya,” dakwanya yang tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap pasangan itu.

Izham dan Mia dikurniakan cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.

Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak, selepas setahun berkenalan.

‘Hanya Allah, Saya, Dia Dan Wanita Itu Saja Yang Tahu Perkara Sebenar’ – Status terbaru Mia Ahmad ini bongkar segalanya yang terjadi
Umum sedia maklum, rumah tangga pelakon Mia Ahmad dan pemain bola sepak pasukan JDT Izham Tarmizi Roslan kini sedang bergoyah. Sebelum ini, Izham Tarmizi menafikan tuduhan yang kononnya dia berlaku curang terhadap pelakon Hati Perempuan itu.

Menerusi posting di Instagram Mia Ahmad akan tetap bertegas untuk mempertahankan rumah tangganya itu dan menjernihkan semula keadaan.

I’ll do whatever it takes

Auto Draft

Status ini dimuatnaik pelakon Mia Ahmad di IG story yang mengatakan hanya dia, suami dan perempuan ketiga itu saja yang tau kebenarannya. Dan dia akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga.

Awak boleh cakap apa yang awak nak cakap dan saya akan benarkan awak tahu perkara sebenar. Saya tahu apa yang saya buat dan saya sedar tindakan saya itu. Hanya Allah, saya, dia dan wanita itu saja yang tahu perkara sebenar.

Jadi, apa seterusnya?

Auto Draft

Saya akan buat segalanya demi mempertahankan rumah tangga saya. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku. Mereka tidak rasa apa yang saya rasai sekarang. Saya juga bersyukur kerana ada medium media sosial untuk memudahkan urusan saya. Jadi, apa seterusnya?

Semuanya ada sebab

Status ini turut dimuatnaik Mia Ahmad menerusi laman Instagram. Posting ini turut ditutup ruangan komen. Seolah status ini menggambarkan krisis hubungan dengan suaminya.

Sumber: Mia Ahmad

Sungguh mengusik jiwa betul dengar ayat-ayat Mia Ahmad ni.Cinta jangan dikejar,Nanti dia lari,Cinta jangan dipendam,Nanti dia padam,Cinta usah ditunggu,Nanti dia takkan datang,Tapi cinta kalau datang dari hati,Ia takkan padam,Ia takkan lari,Malah ia akan datang dengan sendiri..Mesti @izhamtarmizi cair dengan kata2 dari Mia Ahmad ni kan..semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke jannah :)IG: mia.ahm4d#artis #mhonline #mediahiburan

Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 17 January 2017