“Hantar Aku Balik Bali” – Tersalah Beli Patung, Isteri Terima Padah Kena Ganggu Dengan Makhlus Halus

Kalau pergi melancong memang tak sah kalau tak beli cenderahati. Sekurang-kurangnya untuk kenangan diri sendiri ataupun keluarga dan teman rapat.

Tapi awas ya, tolong berhati-hati dalam memilih sebab takut-takut ada pula yang ‘benda’ yang ikut balik sekali.

Macam diceritakan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @LeAlterEgo ini, seorang isteri merana gara-gara cenderahati berupa patung yang dibelinya ketika berkunjung ke Bali, Indonesia.

‘Beli Souvenir Sebagai Kenangan’

Setiap kali pergi bercuti kita mesti nak beli sesuatu sebagai kenangankan? Orang kata sesuatu untuk diingati lepas kita melancong. Tapi, nasihat aku.. Nak beli souvenir dari luar negara tu berhati-hati. Bukan apa, takut terbeli sesuatu yang ada ‘isi’. Ini merupakan sebuah kisah yang dikongsikan oleh kawan tempat sekerja aku tentang pengalaman ahli keluarga dia diganggu.

Aku namakan watak yg terlibat sebagai Puan Ifa. Puan Ifa ni merupakan makcik kepada kwn aku. Jadi semua kisah ni diceritakan oleh kawan aku. Lima tahun lepas, Puan Ifa pergi melancong ke sebuah negara yang berdekatan. Negara mana? Apa lagi kalau bukan Indonesia. Walaupun Puan Ifa dah banyak kali ke Indonesia, tapi 1 destinasi ni dia belum pernah jejak. Bali.. satu-satunya yg dia belum pernah sampai.

Sebenarnya Puan Ifa ke Bali atas sebab urusan kerja. Lebih pada trip company. Jadi semuanya diuruskan oleh company. Waktu kat Bali, tak ada apa yang pelik jadi. Semuanya normal. Dan Puan Ifa ni ada beli souvenir utk dibawa balik ke Malaysia. Balik dari Bali, Puan Ifa agihkan semua souvenir yang dia beli. Cuma dua souvenir ni yang dia simpan utk dia sendiri.

Malam kedua balik dari Malaysia. Pintu dapur rumah Puan Ifa kena ketuk banyak kali. Bunyi macam orang mengamuk. Bila pergi ke dapur, tak ada pulak kelibat sesiapa. Nak kata pencuri, kawasan tu memang security kuat. Siapa yang ketuk? Jadi atas dasar malas nak fikir, Puan Ifa abaikan. Walaupun masa dia ke dapur tu, dia dapat rasa ada yang berdiri belakang dia.

‘Dengar Anak Ketawa Tapi Dalam Rumah Cuma Seorang Diri’

Macam mana tahu ada yang berdiri belakang kita? Korang akan rasa berdebar. Akan rasa waswas nak pandang belakang. Bulu roma akan meremang. Esoknya masa nak pergi kerja, Puan Ifa notice something pelik pada susunan souvenir yang dia letak kat ruangtamu. Macam ada yg alihkan. Sekali lagi dia amalkan sikap malas nak layan. Dan sekali lagi dia buat tak tahu. Malam tu, ada benda pelik yang jadi.

Pukul 2 pagi waktu tengah tidur, Puan Ifa rasa peha dia kena cubit dgn kuat. Apa lagi, menjeritlah dia sampai husband dia tersedar. Jadi dia ingat husband dia yang cubit. Tapi husband dia sumpah tak buat apa. Dan kesan cubitan tu sampai lebam. Lebam yg besar

Esok pagi tengok balik kesan lebam tu tak ada. Tapi yang peliknya, bila malam kesan lebam tu ada. Sampailah malam keempat. Malam keempat, waktu tengah masak kat dapur, Puan Ifa nampak kelibat melintas kat tingkap dapur. Laju. Sekali imbas. Lepas dia nampak kelibat melintas tu, terus dia rasa mual. Kepala pening. Dan bahu terasa berat.

At first memang kalau setakat kena macam ni. Tak ada apa yang akan kita notice. Kita anggap benda ni biasa. Padahal sebenarnya tak. Siang esoknya, Puan Ifa kemas bilik anak dia. Dan apa yang pelik, dia dengar suara anak dia ketawa. Ketawa pelik. Dia baru teringat yang anak dia pergi sekolah. Dan memang dia sorang je kat rumah sekarang. Lepas dia sedar dia sorang, suara ketawa hilang.

Masa tu memang dia dah syak yang ada benda mengusik dia. Bunyi pintu bilik anak dia terus berbunyi. Macam kena hentak kuat-kuat. Memandangkan dia kena kacau waktu siang. Jadi level keberanian tu masih lagi tinggi. Dia masih mampu pergi bilik anak dia utk tengok. Kosong. Tak ada apa. Dan sekali lagi meremang bulu roma dia. Sebabnya dia dengar bunyi ketawa tu jelas dari bilik ni.

Lepas insiden dengar suara ketawa tu, malamnya Puan Ifa mengadu kat husband dia tentang gangguan dia kena pagi tadi. Dan macam yang dijangka, husband dia kata dia terlampau penat. Mana ada hantu kacau siang-siang. Salah ya guys. Hantu waktu siang pun aktif.

‘Sekejap Jadi Lelaki, Sekejap Perempuan’

Macam kes dalam #SENAWANG , kelibat tak berkepala melintas depan mak & kakak ipar aku. Dan mostly gangguan waktu siang memang lagi bahaya. Sebab apa bahaya? Sebab benda ni tak peduli pun even waktu siang. Dia tahu kita berani waktu siang, tapi dia nak munculkan diri jugak. Dan Puan Ifa diganggu lagi pada waktu siang dua hari selepas dia mengadu dengan husband dia.

Yang lelaki kat Twitter ni, kalau dah kahwin nanti tolonglah percaya cakap bini kau kalau dia kata kena kacau. Nanti melarat korang yang susah. Memang mungkin kadang-kadang perempuan ni dia melebih-lebih. Takde hantu pun dia kata ada hantu, tapi at least percaya dulu. Kejadian pelik kedua bila dua pinggan kat dapur Puan Ifa pecah. Padahal pinggan berada kat tempat selamat.

Pinggan pecah satu hal, tapi yang jadi peliknya bila ada ayam mentah kat sinki. Bau hanyir yang kuat. Dah beberapa kali kena ganggu, Puan Ifa masih tak sedar punca sebenar. Sampailah malam tu anak dia menjerit sebab nampak bayang menari. Bayang menari tu memang real kat dalam bilik anak dia. Lepas nampak tu, automatik bilik bau kemenyan kuat. Masa tu baru husband dia percaya.

Dan dah terlambat. Semangat Puan Ifa masa tu dah lemah. Sebab dah dekat seminggu dia kena kacau. Jadi semangat dia jadi lemah. Malam tu Puan Ifa kena rasuk. Karakter dia sekejap jadi lelaki, suara garau. Dan sekejap menangis, suara perempuan. Rupanya, semuanya berpunca dari souvenir ni yang dia beli dari Bali. Benda dalam souvenir ni laki bini. Mengamuk nak balik.

Dan yang paling teruk sekali bila benda tu kata dia nak bawa jasad ni balik ke Bali. Dia suka. Husband Puan Ifa panggil pak imam berdekatan untuk minta tolong. Dan sesi komunikasi tu memang lama gila. Sebab benda tu refuse nak keluar.

‘Hantar Aku Balik Bali’

Benda tu tak nak keluar sebab dia kata Puan Ifa dah bawa dia jauh dari tempat dia. Benda tu minta dihantar balik ke Bali. Tapi gila ke? Nak hantar balik Bali benda ni semata-mata? Permintaan mengarut. Husband Puan Ifa kata tak boleh. Terus benda tu mengamuk.

Atas bantuan pak imam, benda tu akhirnya keluar. Tapi, itu bukan penamat lagi. Selama 3 hari benda tu sepikan diri dalam rumah. Selepas 3 hari. Gangguan baru muncul. Gangguan tu sekali lagi Puan Ifa sendiri yg nampak depan cermin. Lembaga duduk atas bahu dia.

Puan Ifa tak ingat apa-apa lepas tu. Dan sekali lagi dia kena rasuk. Tapi kalini benda tu masuk sampai 5 jam! Tak nak keluar. Mula-mula benda tu keluar. Tapi rupanya tak keluar lagi. Benda tu berlakon. Bila panggil nama Puan Ifa, benda tu ketawa mengekeh.

Kemuncak bila benda tu bangun & nak bersilat lawan dengan orang yang datang rumah nak berubat. Dia ckp dia nak balik Bali. Bali rumah dia

“Memang Bali rumah kau, kau nak balik sangat kau baliklah. Keluar dari badan dia ni..”

“Aku nak bawak dia pergi sana..”

Of course loghat benda tu dalam bahasa Indonesia. Benda tu berkeras nak bawa Puan Ifa balik. Akhirnya ustaz yang mengubat Puan Ifa tu ugut benda tu. Kalau dia tak keluar, jasad dia pada souvenir tu akan dibakar. Biar hangus jadi abu.

Mula-mula benda tu mengamuk. Tp lepas ustaz tu betul-betul bakar sebahagian dari souvenir tu kemudian dipadam semula. Akhirnya dia mengalah. Benda tu keluar dari badan Puan Ifa dan ustaz terus ikat souvenir tu dan dibacakan dengan ayat suci Al-Quran. Lepas tu, baru Puan Ifa pulih

Kemudian souvenir tu disimpan kat rumah ustaz tu. Selepas seminggu, atas saranan ustaz, souvenir tu dihantar balik ke Bali. Jadi, pengajarannya.. Masa beli souvenir tu hati-hati. Macam aku cakap, benda-benda mcm ni suka menumpang dalam barang.

Ada benda yang suka tinggal kat katil. Ada yang suka tinggal dalam bantal. Dalam tilam. Jadi korang tidur, tidur sekali dengan benda tu. Apa pun beringat sebelum kena. Baca doa sebelum tidur. Hati-hati beli souvenir! Sekian untuk kisah ni.

Sumber: sehinggit