GF tudung labuh kantoi curang, Tapi tindakan BF ini memang sempoi

 

***Video diatas sekadar hiasan

Mungkin kita jarang mendengar berita seorang wanita berlaku curang pada pasangannya. Ini kerana hati wanita ini lain.

Apabila mereka sudah jatuh cinta dengan seseorang, datanglah badai apa sekalipun, hati ini tetap milik lelaki itu. Tapi, lumrah manusia tak menjanjikan seorang wanita untuk takkan berlaku curang.

Ada juga yang berlaku curang di belakang pasangan. Dan kali ini, kami di theAsianparent akan mengupas mengapa wanita juga boleh berlaku curang dan apakah sebab-sebabnya.

Ini bukan bermakna anda langsung tak boleh mempercayai pasangan yang curang, tapi belajarlah daripada kesilapan dan mari kukuhkan lagi ikatan cinta dalam perkahwinan.

Apa lah maknanya sebuah perhubungan jika hilang sudah kesetiaan dan kepercayaan?  Perhubungan atas dasar cinta sahaja tidak mungkin cukup dan dapat dikekalkan jika tiada 2 perkara ini.

Terbaru, seorang pengguna laman Twitter, @stylofaeez98 atau lebih dikenali sebagai Faeez telah berkongsi kisahnya dicurangi oleh teman wanitanya. 5 tahun menjalin kasih akhirnya hubungan terputus di tengah jalan kerana hilangnya sebuah kesetiaan.

Faeez yang meluahkan rasa kekecewaannya setelah lama memendam rasa, bangkit semula dan menceritakan kisahnya dipermainkan oleh kekasih yang dipercayai selama ini untuk dijadikan pengajaran kepada masyarakat di luar sana.

Ikuti bebenang ini untuk kisah selanjutnya.

 

Perubahan perangai, mula aku-kau

Trace iphone, kata pergi tempat lain tapi…

Tak update status apa-apa…

Kalau call lagi, aku block!

Kebenaran diketahui…

Call masuk voice mail, off phone…

Trace dan pergi ambush dia dengan jantan tu

Dia update gambar rokok di status…

 

Time tgh follow, dia upload record lagu nasyid…guess what? Dia berhenti dekat pusat tahfiz!

Pergi dekat dia tp dia pura2 oncall, tak nampak aku…

Aku kejar kereta dia..suruh berhenti tapi…

“Ini bakal suami aku Faeez”…


Sempat selfie dengan dorang and beredar…

“Terima kasih untuk hadiah konvo ni..”

Kenal baru sebulan, tersuka masa bergurau dalam whatsapp

“Sebab kau selalu marah aku, aku tawar hati…”

“Sayang, ingat lah kifarah sentiasa menanti awak”

Dia tipu lagi sebelum balik, bawa laki pg kg


Sumber: Twitter Faeez via ohmymedia.cc

5 sebab mengapa wanita curang dan menipu pasangan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/09/u219461574 1310fbe7ca6g215.jpg Wanita Juga Boleh Curang Dengan Pasangan Dan Ini Antara 5 Sebabnya...

1. Jarak jauh dengan pasangan
Tipulah andai anda kata jarak di antara anda dan pasangan tak jadi satu batu penghalang. Siapa yang tak rindu suami apabila berjauhan?

Lebih-lebih pula kalau pasangan itu berjauhan kerana sibuk bekerja. Pekerjaan yang mengkehendaki pasangan berada jauh dari rumah akan jadi satu masalah dalam hubungan.

Bila makin berjauhan, siapa dapat mengagak cinta dalam hati ini tak boleh berubah?Bagaimana kalau tiba-tiba ada “orang” yang sengaja datang ingin mengganggu perkahwinan dan mengisi kekosongan?

Apapun, cinta antara pasangan dan anda kena selalu dipupuk untuk kekal marak dan bahagia.

2. Balas dendam!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/09/2 1.jpg Wanita Juga Boleh Curang Dengan Pasangan Dan Ini Antara 5 Sebabnya...
Kadang-kadang, suami yang berlaku curang di belakang isteri dulu. Bila sudah kantoi, balas dendam dengan cara yang sama mungkin jadi pilihan si isteri.

Ini sebab mereka mahu suami tahu betapa sakitnya hati dicurangai dan apa rasanya…

Mungkin alasan balas dendam boleh meredakan kemarahan, tapi itu juga sebenarnya tanda-tanda hubungan perkahwinan kalian sudah mula ada masalah.

3. Melakukan sesuatu yang “terlarang”
Lumrah manusia suka melakukan sesuatu yang dilarang. Lagi perbuatan tersebut mendatangkan kemudaratan, lagi kita nak buat.

Curang atau menipu pasangan salah satu perbuatan yang tak sihat dalam perkahwinan, namun ia tetap terjadi.

Kadang-kadang ia sebab faktor luaran seperti ada teman sekerja yang datang mengganggu. Atau pasangan yang curang itu sendiri yang “sengaja” ingin merasa buat sesuatu yang salah.

4. Se ks, namun bukan untuk suka-suka saja!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/09/4 2.jpg Wanita Juga Boleh Curang Dengan Pasangan Dan Ini Antara 5 Sebabnya...
Jangan ingat semua pasangan berkahwin puas ketika di ranjang. Ada pelbagai faktor yang boleh menyumbang kenapa rasa puas ini tak berjaya dicapai.

Apabila na fsu tak dipenuhi, mulalah berlaku sesuatu yang tak diingini.

Lelaki biasanya akan curang kerana rasa diri tak dihargai sepenuhnya. Manakala, wanita pula didapati berlaku curang kerana keperluan seks mereka tak dipenuhi secukupnya.

Hubungan imtim yang “kurang” antara pasangan boleh jadi satu racun yang berbisa!

5. Mahukan perhatian
Umum tahu yang wanita memang gemar akan perhatian. Selagi anda tak beri mereka perhatian yang diingini, selagi itulah mereka akan menuntutnya.

Tapi, tak semua wanita nak sangat perhatian sampai sanggup melakukan pelbagai perkara. Cukuplah dengan hanya mendengar luahan hati dan masalahnya.

Namun, apabila mereka merasakan pasangan mengabaikan mereka, tak mahu lagi dengan luahan hati dan sebagainya, mereka mula rasa tak dihormati.

Setiap hubungan berbeza-beza. Akan tetapi, apa yang pasti, setiap pasangan perlu mengeluarkan usaha untuk menyokong dan memahami pasangan masing-masing.

Barulah terciptanya satu “ikatan” unik. Tapi, kalau ia tak dicapai, hubungan anda mungkin boleh berada dalam bahaya.

Apa pendapat anda? Mungkinkah ada sebab-sebab lain lagi yang boleh menjadi punca dan faktor kenapa sesetengah perkahwinan tak dapat diselamatkan kerana pasangan curang?

Kongsikan dengan kami. Kami ingin mendalaminya dengan lebih lanjut.

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore