Gempar Penemuan Barang-Barang Mistik Dalam Tabung Ketika Operasi Menangkap Pemungut Derma. Masyallah

Malaysia semakin tenat dengan lambakan peminta sedekah yang semakin hari semakin bertambah menyapa kita. Cakap saja, mereka ada di mana-mana!

Kita buat operasi menangkap pemungut derma 

Terbaru, satu operasi menangkap pemungut derma di sebuah pasar malam menemui sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Aik.. Tangkal apa pula nie. Ish

“Dalam tabung ada tangkal. Berhati-hati bersedekah…” tulis 999 Malaysia di laman Twitternya.

Menerusi gambar yang dikongsikan, terdapat sebentuk cincin dan beberapa gulung wang kertas yang diikat bersama sebungkus plastik mengandungi bahan berwarna putih yang mencurigakan.

Malah, terdapat sebungkus wang kerta dipercayai mata wang Thailand yang diikat dalam bentuk segi tiga.

Jubah cantik2, takkan guna tangkal kot

Selain mengenakan jubah, penemuan itu secara tidak langsung telah mencalarkan imej agama Islam.

Pun begitu, segelintir netizen berpendapat mereka tidak bersalah, sebaliknya, ‘kepala’ mereka yang harus diburu dan dikenakan tindakan undang-undang!

Dalam masa sama, beberapa netizen menyifatkan penggunaan tangkal itu adalah bertujuan untuk menarik pemberi derma

Alamak, Minta sedekah pun menggunakan pelaris juga ke sekarang ni? Bahaya betul!

Sumber: CARI forum via myinfoharian via depakata.com