Gambar Ini Bukti Pelakon Rosalinda Ini Makin Tua Makin ‘Hot’

Kebanyakan pelakon jika meningkat usia pastinya perubahan ketara yang bakal mereka bawakan adalah dari segi penampilan. Namun tidak di barat, kerana mereka menganggap pada ‘Golden Age’ inilah waktu untuk mereka tampil tunjukkan kecantikan yang dimiliki.

Jika berjaya, bermakna ‘aset’ mereka masih lagi mampu menjadi perhatian dan mengungguli penerbitan disana.

Pelakon Rosalinda Datang Ke Malaysia

Suatu ketika dahulu, drama telenovelaRosalinda pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja untuk pastikan berada di hadapan kaca televisyen.

Malah oleh kerana sambutan yang menggalakkan diterima, pelakon utama telenovela ini yang memegang watak RosalindaThalia turut dijemput datang ke Malaysia.

Buang Tulang Rusuk Untuk Kelihatan Cantik

Demi untuk kelihatan cantik, pelakon ini sanggup berbuat apa sahaja. Ini termasuklah membuang tulang rusuknya. Pengakuan tersebut telah dilaporkan oleh sebuah portal hiburan suatu ketika dahulu dan Thalia juga dikatakan tidak malu akan pengakuannya itu.

Umur menginjak ke 50 Tahun, Thalia kongsi tips awet muda.

Kalau dilihat pada wajahnya, ramai yang tidak menyangka bahawa Thalia kini sudah berumur 46 tahun. Ketika ditanya apakah rahsianya untuk kelihatan muda, percaya atau tidak klimaks adalah jawapannya.

Menurut Thalia,beliau mampu mencapai sehingga 50 klimaks sehari dan beliau amat gemarkan ‘aktiviti’ berkenaan. Tidak hairanlah beliau sangat terbuka mengenai segala- galanya kerana penampilan seksi itu juga merupakan salah satu kegemarannya.

 

Sumber: hangat.com