Gambar di Dalam Kaabah Yang Tak Pernah Dilihat Oleh Orang Islam Sejak Beribu-ribu Tahun Lamanya Akhirnya Bocor Di Internet

 

Perrnah terfikir tak? Apa yang ada di dalam Kaabah yang hanya boleh dimasuki oleh Raja Saudi sahaja? Ada yang kata kalau masuk, jangan tengok atas kerana kita boleh nampak pintu langit betul-betul di atas Kaabah. Tengok gambar- gambar ini betul-betul

SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi misteri kepada berjuta-juta umat Islam yang melakukan tawaf mengelilingi Rumah Allah  itu. Hanya golongan diraja Arab Saudi, pemimpin negara Islam dan orang tertentu dibenarkan memasukinya terutama semasa acara mencuci Kaabah yang dilakukan setahun sekali.

Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke dalam YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama seumpamanya yang boleh ditonton oleh orang ramai.

Sebelum ini, keadaan di dalam bangunan batu yang terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah itu sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut.

Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.

Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak, kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.

Dinding

Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk.

Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.

�Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran.

�Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.

�Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,� katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.

Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah.

Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah.

Tambah Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.

�Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,� katanya kepada Jurnal.

Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.

Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.

PINTU Kaabah yang seberat lapan tan diperbuat daripada emas tulen.

Kunci

Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).

Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.

Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.

Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa� yang mafhumnya, �Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya�.

Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.

Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.

Apa Ada Di Dalam Kaabah? Minyak & Emas? Sering Diaju Soalan Dari Non Muslim, Lelaki Ini Dedah Perkara Sebenar

Menunaikan ibadah di Tanah Suci Mekah merupakan impian setiap umat Islam di dunia ini. Untung kepada sesiapa yang sudah menjejakkan kaki ke sana. Kaabah merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram, Mekah dan ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah ketika berada di sana.

Tetapi tahukah anda apa yang ada disebalik Kaabah? Jom kita baca penjelasan ringkas dari individu ini. Semoga perkongsian ini akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita.

Pernahkah anda terfikir apa yang ada di dalam Kaabah?

Seorang pengguna Twitter bernama Abdal Aziz telah berkongsi apa sebenarnya yang terdapat di dalam Kaabah, kerana dia sering ditanya oleh ramai orang terutama sekali dari non-muslim. Rasanya tidak salah jika dia ingin memberitahu kerana sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita.

Jadi, di bawah ini dia menjelaskan secara ringkas mengenai soalan diajukan itu.

Imej dari dalam Kaabah

Belakan pintu emas itu ada tangga yang boleh bawa kita ke atas siling Kaabah.

Bumbung itu dibuat dengan kayu bersulam Perak asli. Kiswah Kaabah itu warnanya hijau dari dalam. Lampu yang bergantung itu adalah hiasan hadiah pembesar Islam dari zaman Nabi  SAW.

tempat  Khas Nabi solat ini, dituli Lailahaillah Muhammad Rasulullah

Di atas benda putih inilah Nabi SAW akan solat bila dia masuk ke dalam Kaabah

Dalam kotak putih ini berisi minyak wangi  mewah yang digunakan Khadam 2 tanah Suci untuk mencuci Kaabah dari dalam.

3 tiang/kayu utama membuatkan Kaabah lebih utuh ini dibina dari kayu dan Emas tulen.

sumber:  KL Viral

VIDEO: Apa Isi dalam Ka’bah?