Gadis Menguji Kesetiaan Rakan Dengan Menyuruh Teman Lelakinya Untuk Menggodanya, Namun Menyesal Serta-Merta

Seorang gadis mungkin telah membuat sebuah keputusan yang paling bodoh sekali yang bakal membuatkannya menyesal seumur hidup setelah dia meminta teman lelakinya untuk menggoda rakan baiknya.

Kelsey yang ingin menguji kesetiaan rakan baiknya Britney telah meminta teman lelakinya, Sam supaya berpura-pura menggoda Britney yang memang terkenal dengan sikapnya yang flirtatious itu.

Kelsey memberitahu yang Britney merupakan seorang sahabat yang tidak boleh dipercayai kerana tabiatnya yang mudah tertarik dengan lelaki yang sudah mempunyai teman wanita dan setakat ini, kesemua lelaki yang pernah keluar pernah dengan Britney telah pun berpunya.

Bagi menguji hipotesisnya itu, sebuah pertemuan telah diatur khas untuk Sam dan Britney. Semasa Sam dan Britney sedang leka berbual di sebuah kafe, Kelsey memerhatikan aksi mereka dari jauh dan segala aksi ini telah dirakamkan oleh kamera tersembunyi.

Topik perbualan antara Sam dan Britney dimulakan dengan majlis ulangtahun Britney. Sam bermula dengan memberikan pendapat tentang sebuah hadiah atau meraikan dengan majlis yang istimewa.

Britney kemudiannya berkata;

“Kau tahu aku sangat suka kan kau, aku harap aku boleh bertemu dengan lelaki seperti kau”

Sam menjawab;

“Aku sekarang berniat untuk berputus dengan Kelsey. Jika aku putus dengannya sekarang, kau sudi menjadi teman wanitaku?”

Sejurus selepas itu, Sam kemudiannya telah dilihat mencium Britney seperti pasangan kekasih. Berang dengan aksi mereka ini, Kelsey kemudiannya telah menghubungi Sam bagi mendapatkan penjelasan.

Sam tidak dapat menerima apabila disalahkan oleh teman wanitanya itu dan berkata;

“Bukankah ini yang kau inginkan? Kau memang sengaja buat ini semua untuk kami berduakan?”

Kata-kata kasar pun mula timbul antara mereka berdua. Akhirnya hubungan mereka berdua telah diakhiri dengan perpisahan.

sumber : taiko tv