Disebabkan tindakan kumpulan ini, Safiey Ilias Kecewa Sampai Tutup Booth Awal

 

IPOH – Kehadiran dua usahawan Safiey Ilias dan Nur Sajat pada program keusahawanan di Mood Republic di Casuarina@Meru, pagi tadi, terus mendapat bantahan daripada beberapa badan bukan kerajaan di negeri ini.

Presiden Reformis Muda Perak (RMP), Roslan Ali berkata, pihak berwajib, perlu lebih tegas agar golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT), tidak dijadikan sebagai tarikan kepada program yang dianjurkan.

Beliau berkata, usaha berkenaan nyata tidak bersesuaian kerana ia boleh menjadi contoh yang tidak baik kepada masyarakat, khususnya golongan muda.

Malah menurutnya, masih ramai individu atau selebriti berpengaruh yang boleh dijadikan sebagai tarikan bagi program-program sedemikian.

“Kita, RMP membantah kehadiran ikon LGBT ini pada program yang dianjurkan di Casuarina@Meru, hari ini.

“Namun kita bukan bantah program keusahawanan, malah kita sokong 100 peratus kerana inilah pentas untuk orang Melayu berniaga.

“Cuma ikon LGBT yang digunakan tidak sesuai. Kenapa tak panggil artis lelaki atau artis wanita yang sebenar? Kenapa masih perlu promosikan ikon LGBT?” katanya.

Roslan berkata demikian pada sidang media setelah mengetuai demonstrasi membantah kehadiran dua ikon LGBT itu pada program Mood Republic di Casuarina@Meru, pagi tadi.

Dianggarkan lebih 20 ahli Reformis Muda Perak (RMP), hadir bagi menyatakan bantahan berkenaan yang diberitakan bakal diteruskan hari ini oleh beberapa badan bukan kerajaan seperti Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak (Maap) dan lain-lain. SUMBER : SINAR HARIAN

Safiey Ilias Tutup Booth Awal

Ini kata kata Safiey Ilias yang kecewa dengan segelintir orang yang menganggu dia berniaga. Posting ini dimuatnaik di instagram rasmi Safiey Ilias.

Syinta dh tutup booth dan staff dan pekeje partime dh balik . Sebab staff cakap orang Perak yg dtg lalu depan booth jeling2 dan pandang semacam . Kemain nk jeling2 , tudung pun tak labuh . Pakai pun ketat . Mcmni eh akhlak org Perak ?? Kenapa NGO tak duduk je meja depan entrance masuk dewan tu cek sijil nikah ??
.
NGO tak nak ke buat live atas stage beritahu semua yg dtg mood republic kene pakai yg sopan ikut syariat Islam ?? Siap cakap kedatangan syinta bawa malapetaka dkt negeri Perak . Habis tu yg penuh bohsia , pelacur dan mak nyah melacur dkt setiawan , lake thamby taiping dan lumut tu NGO xnk banteras ke ? Kesian dkt staff saya dan pekerja partime mereka nak buat sales cari rezeki bantu mak ayah . . JANGAN JADI PENGEMIS DI NEGERI ORANG .
.
Tak apa lah , syinta doakan negeri Perak tidak ditimpa mala petaka . Syinta pun tak datang . So kalau kene mala petaka jgn salah saya sebab saya tak datang . So harap2 bohsia2 dan pelacur tu tak membawa mala petaka dkt negeri perak lah ye . WASALAM .

 

BY: KLVIRAL