Dikritik Di Laman Sosial Kerana Bertubuh Besar, Syarikat Pakaian Sukan Ini Akhirnya Muncul Untuk ‘Menyelamatkan’ Wanita Ini…

Cantik itu sememangnya sesuatu yang sangat subjektif. Mungkin ramai yang melihat orang yang lebih kurus itu lebih cantik manakala orang yang lebih berisi dirasakan tidak menarik. Pandangan ini jugalah yang membuatkan wanita bersaiz besar terutamanya menghadapi kesukaran apabila cuba memecah masuk ke dalam dunia kecergasan. Satu jenama pakaian sukan walau bagaimanapun hanya mengambil model yang benar-benar mahu mengubah diri mereka.

Untuk tujuan itu Akademi Sukan dan Rekreasi telah memilih model fesyen Instagram bersaiz besar, Anna O’Brien yang bersaiz 3 kali ganda wanita biasa sebagai model baru mereka.

O’Brien yang kini tinggal di New York bergelut untuk mengekalkan kecergasannya selama ini dikatakan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pakaian sukan yang sama dengan saiz tubuhnya.

Walaupun O’Brien telah membuktikan dirinya mampu melakukan perkara-perkara yang sama dilakukan oleh mereka yang bersaiz kecil, dia tetap menerima tomahan dan ejekan di internet berkaitan dengan gambar yang dimuat naik.

Melihat akan perkara itu, akademinya telah muncul untuk membelanya. Komen-komen negatif yang diterima O’Brien membuatkan syarikat pakaian sukan itu merasakan mereka perlu turut sama membela wanita itu untuk menyedarkan orang ramai bahawa mereka yang bersaiz besar sebenarnya juga berusaha untuk kekal cergas biarpun bertubuh besar.

Ini dia Anna O’Brien, seorang blogger fesyen bersaiz besar yang menjadi wajah baru bagi jenama sukan ‘BCG’

Dia mengahadapi kesukaran untuk mendapatkan pakaian sukan yang sama dengan saiz tubuhnya

Walaupun dia berusaha untuk kekal cergas ada sahaja yang melemparkan komen-komen negatif terhadap usahanya…

Walaupun O’Brien sudah biasa berhadapan dengan netizen yang selalu mengecamnya kerana tubuh besarnya, dia tetap terkejut dengan komen negatif orang ramai terhadap apa yang dilakukan kini

 

Akademi sukannya ‘muncul’ untuk membelanya, berhadapan dengan kritikan negatif di internet

“Hi James, di Akademi, kami sangat percaya setiap wanita sepatutnya mendapat peluang yang sama untuk melakukan sukan dan aktiviti luar. Sebagai keputusan, kami akan terus bercakap bagi pihak semua bentuk badan. Kita semua berbeza tetapi untuk mendapat cara hidup yang sihat tidak perlu dibezakan.”

Dunia memerlukan lebih ramai individu yang positif serta berani membela mereka yang gigih berusaha

Akademi sukan ini kini berjaya mencuri perhatian ramai menyebabkan pengguna mereka telah bertambah…

Sebuah lagi sokongan padu yang diberikan. Bukankah lebih baik jika semua memandang apa yang dilakukan wanita ini adalah sesuatu yang baik?

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber: Era Baru