Didakwa Nampak Seluar Da lam merah, Ini Jawapan Bella Astilah mengenai seluar tersebut

Pelakon Bella Astillah telah berkongsi foto bersama suaminya,Aliff Aziz di Instagram semalam.

Foto tersebut melihatkan Aliff sedang mendukung Bella di Pulau Mamutik,Sabah.

Image result for Foto Bella Astilah nampak spender

Namun, foto tersebut telah mendapat kecaman dan kritikan dari netizen apabila gambar tersebut jelas ‘menampakan sesuatu’ pada bahagian seluar Bella itu.

Amboi! Pantas sungguh mata netizen bila timbul perkara sebegini ya!

Didakwa Nampak Seluar Da lam, Ini Jawapan Bella Astilah

Didakwa Nampak Seluar Dalam, Ini Jawapan Bella Astilah

Foto isteri kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astilah mendapat perhatian netizen.

Foto yang dimuat naik oleh Bella ke akaun Instagram (IG) miliknya ketika sedang didukung suaminya itu mengundang kecaman netizen.

Semuanya gara-gara pengikut IGnya menyedari kelihatan seluar putih yang dipakai Bella sangat nipis sehingga menampakkan seluar dalam.

Rata- rata menasihatkan Bella sepatutnya peka dengan pakaiannya supaya tidak mendatangkan aib.

Namun Bella tampil menjelaskan bahawa seluar itu adalah baju mandinya memandangkan ketika itu dia berada di tepi pantai.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrean berusia setahun.

Anak ubah sikap Aliff Aziz

KUALA LUMPUR: Pernah diuji kontroversi yang memalit tanggapan negatif umum terhadapnya, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, 27, mengakui, pengalaman itu banyak membentuknya menjadi insan lebih matang.

Kehadiran anak sulung, Ayden Adrean, setahun lalu juga mengubah Aliff menjadi manusia lebih bertanggungjawab untuk menggalas peranan sebagai ketua keluarga.

ADVERTISING

Penyanyi kelahiran Singapura itu berkata, dia kini semakin menitikberatkan soal keluarga, malah semakin teliti dalam soal masa kerana tidak mahu terlepas momen melihat anak kesayangan membesar di depan mata.

“Ayden sudah semakin banyak kerenah dan sebagai ayah, saya perlu pandai membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Jadual kerja saya agak padat, jadi saya perlu mencuri masa untuk bersama Ayden.

“Saya bekerja keras demi masa depan anak. Setiap tawaran yang datang saya terima dengan penuh syukur. Alhamdulillah, rezeki untuk Ayden sentiasa ada,” katanya.

Mengakui masih terlalu awal untuk memikirkan soal cahaya mata kedua, suami kepada Bella Astillah itu berkata, dia kini semakin memahami erti sebenar kehidupan berkeluarga.

“Seperti ibu bapa lain, saya dan isteri juga mempunyai perancangan tersendiri untuk masa depan Ayden. Sudah tentu, kami mahu dia mengecapi kehidupan yang terbaik dan itu yang sedang saya usahakan,” katanya.

Ditemui pada majlis sesi ramah mesra bersama pelakon drama, Sejuta Rasa Buat Adelia, baru-baru ini, Aliff berkata, dia akur apabila namanya kini lebih menyerlah menyerlah sebagai pelakon. Namun, itu tidak bermakna dia sudah melupakan dunia seni suara.

Penyanyi lagu Sayang Sayang itu berkata, dia masih belum bertemu material yang serasi untuk kembali fokus kepada kerjaya itu.

“Lakonan memang memenatkan, tetapi saya puas apabila penonton memberikan pelbagai komen positif. Sama juga seperti nyanyian, tetapi saya tidak boleh mengejar kedua-duanya serentak. Saya lebih selesa selesaikan satu persatu kerja.

“Ketika ini, saya lebih fokus kepada bidang lakonan, pada masa sama, turut mencari material yang sesuai sebelum kembali ke studio rakaman. Insya-Allah, akan ada lagu baharu daripada saya. Cuma, saya tidak mahu umumkan terlalu awal.

“Ketika ini, ada beberapa tawaran berlakon yang sedang menanti. Saya juga perlukan masa untuk berehat seketika dan memberi tumpuan kepada keluarga. Mungkin selepas itu, baru saya boleh aktif menyanyi semula,” katanya yang akan muncul dengan drama baharu, 13 episod bulan depan.

sumber: gempak.com, bharian