“Diberi Tempoh Seminggu Dan Saya Makan Nenas Untuk Keluarkannya,” – Sharifah Sakinah Terpaksa Gugur Kandungan

Pelakon Sharifah Sakinah mengakui dia terpaksa gugurkan anak kedua yang dikandung atas nasihat doktor. Pelakon versatil itu seperti yang dipetik Harian Metro menjelaskan, dia hamil anak kedua selepas empat bulan bersalin anak pertamanya menerusi kaedah pembedahan Mei tahun lalu.

 

Atas faktor berkenaan, Sakinah dinasihatkan untuk menggugurkan kandungan.

“Ketika itu, memang tidak menjangka hamil anak kedua. Saya sangat gembira. Namun, apabila dinasihati untuk buang, saya sedih. Saya diberi tempoh seminggu dan saya makan nenas untuk keluarkannya.

 

“Sebenarnya, perkara itu sangat berisiko kerana membabitkan kesihatan dan keselamatan. Malah, doktor pun tidak mahu ambil risiko. Kalau bersalin secara pembedahan, paling ‘gengster’ pun untuk hamil anak kedua adalah selepas enam bulan. Tetapi ketika itu, anak pertama saya baru empat bulan selepas dilahirkan melalui pembedahan pada 24 Mei tahun lalu,” katanya seperti yang dipetik.

Bagaimanapun, pelakon terbabit memberitahu, dia sudah pun bersedia untuk menimang cahaya mata kedua pada masa itu.

“Pada masa itu, saya okey saja untuk anak kedua. Saya bersedia menjaga dan menguruskan anak meskipun jarak usia mereka dekat. Malah, semua aktiviti seni dan lakonan akan ditunda.

 

“Namun, untuk sekarang belum bersedia sebab saya sangat sibuk. Malah, masa bersama anak pun terhad. Insya-Allah kalau tahun depan semuanya okey dan kerja pun tak banyak, baru boleh fokus tambah anak lagi,” akuinya lagi.

Terdahulu, pelakon Bini Aku Dari… dan suaminya, Aliff Adha, 29, yang merupakan seorang juruterbang telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2015 lalu.

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

Kredit; http://www.islamikinfo.com/viral-trending/video-aksi-rare-penyokong-fanatik-piala-dunia-2018-ini-menjadi-viral-di-seluruh-dunia/