Datuk Yusof Haslam Suruh Abby Abadi Standy Untuk Diserap Masuk Gerak Khas, Ini Respon Beliau Dan Peminat

 

Bercakap mengenai drama bersiri Gerak Khas, kami percaya ianya begitu dekat di hati kebanyakan daripada anda. Manakan tidak, drama yang ditayangkan sejak tahun 1999 ini masih lagi bertahan sehingga ke hari ini malah ada diantara wataknya masih lagi dikekalkan meskipun para pelakon bersilih ganti.

Supt Haris Dan ASP Aleeza Bakal Kembali

Kini selepas 19 tahun ditayangkan, Gerak Khas yang dibarisi oleh pengarahnya sendiri, Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof, Erra Fazira dan ramai lagi turut memberi satu lagi khabar baru buat peminat drama ini. Norman Hakim yang memegang watak sebagai Supt. Haris dikatakan akan kembali dalam drama bersiri anggota Polis yang terkenal ini.

Norman yang mula berlakon dalam Gerak Khas sejak musim keempat akan kembali berlakon dalam drama ini tidak lama lagi. Lebih menggembirakan, Norman turut memberi bayangan bahawa ASP Aleeza yang dilakonkan oleh Abby Abadi juga khabarnya akan kembali.

Berikut di bawah ini adalah entri yang dimuat naik oleh Norman hakim;

” normanhakim_786 Ziarah ukhwah & silaturahim diatas jemputan doa selamat dari mentor & guru saya dalam bidang seni,bisnes & kehidupan @datuk_yusofhaslam & @dpatimah012 ,orang yg banyak berjasa dlm hidup saya, yang akan berangkat menunaikan ibadah umrah pd 19 Nov. ini

” Kalau kitaorang jumpa & sembang mmg tak ingat dunia.Nasib baik la bawak family@wifey yg cuit lengan suruh berenti jap duduk makan

” Tapi topic utama sembang;yang pertama @datuk_yusofhaslam suruh standby, lagi sebulan nak start shooting #GerakKhas musim baru & yg kedua dia mintak pesan pada @abby_abadi112 standby jugak utk diserap masuk semula dalam #GerakKhas .

“Itu ini begitu begini last sekali saya call @abby_abadi112 mintak @datuk_yusofhaslam cakap sendiri dgn puan punya badan. So now decision is yours @abby_abadi112”

Apa yang menarik adalah, sebaik Norman Hakim muat naik entri tersebut, Abby Abadi telah muncul di ruangan komen, di bawah;

” abby_abadi112 Mcmana nk buang lelemaksss berlebihan ni @normanhakim_786 helppp! Hahhahaa” 

Komen Abadi Abadi itu telah menarik perhatian netizen yang rata-rata tidak mempedulikan alasan beliau itu malah kebanyakan netizne meminta Abby untuk bersetuju sahaja dengan pelawaan Datuk Yusoff Haslam.

Ada juga netizen yang sempat memberikan petua dan tips kepada Abby Abadi untuk menurunkan berat badan, malah ada yang rekomen gym yang sesuai untuk wanita muslimah seperti beliau.

” jannahzainiofficial Plissss say yessss kak @abby_abadi112 . Sy peminat cerita gerak khasssss” komen seorang netizen

Peminat Teruja

Melihatkan pada perkongsian Norman itu di Instagram nya, rata-rata peminat menyambut baik pada perkhabaran tersebut malah begitu teruja apabila mendapat tahu dua pelakon utama drama ini suatu ketika dahulu bakal kembali.

Malah Abby menerusi di Instagram nya juga telah memuat naik beberapa posting seakan petunjuk bahawa dia bakal muncul kembali dalam Gerak Khas. Ada yang merindui Abby untuk berlakon?

Jom baca apa komen netizen

1) fikrilynnda lme xtgk gerak sejak @abby_abadi112 xberlakon. sy akan tgk gerak khas bila @abby_abadi112 berlakon balik… mest best

2) bungakejora02Patut la abby td kata nk diet… X mkan pun abah jai je makan. Yeayyy Inspektor Aleza is back!

3) abby_abadi112 Mcmana nk buang lelemaksss berlebihan ni @normanhakim_786 helppp! Hahhahaa

4) eyja_90Patut la td kak @abby_abadi112 ckp dia terpaksa kurus..so inilah jwpnnya ya @normanhakim_786..x sbarnya nk tgk uolls berdua berlakon

5) waninamaryanainspektor mazlan sekali panggil balik..br ngam dgn inspektor aleeza..tapi mcm x je abby nk blakon balik kan.

6) ctnorhafidah Wooooow Ape… @abby_abadi112 Nak berlakon balik gerak khas so yeses lah…. @normanhakim_786 X sabar nak tgk.

7) zanfek98Horey . Welcome back inspector aliza . So long time non seen you in gerak khas . I stating you at stardart 2 . Now i ‘m 20 year old

8) jannahzainiofficial Plissss say yessss kak @abby_abadi112 . Sy peminat cerita gerak khasssss. Org tanya lain, dia jawap pasal lemak lakss

9) azroulariayeay…kak @abby_abadi112 akn join gerak khas lg..dr kecik dh minat tgk gerak khas…semangat k.abby..akk boleh…

10) norsyamimishafieKalau @abby_abadi112 diserap semula dlm gerak khas iools sggup tggu depan tv utk 1st episode.

11) james_coins_Adakah anda mempunyai wang lama …. anda boleh menjualnya di sini dan menerima pembayaran anda serta-merta … sila hubungi penjual yang dipercayai.

12) whidayah829Sama.. saya suka lakonan gerak khas @abby_abadi112 dan @normanhakim_786 .. mohon ada gerak khas lakonan mantop abby dan norman semula.. #rindu

13) anisss_izKlau bole bawa insp. Mazlan skali dlm grak khas. Ada aleza n mazlan bru syok cm dlu2 hehehe @datuk_yusofhaslam @abby_abadi112 @emyliadac

14) hamidahneTeringat arwah tok…cukup minat dgn gerak khas inspektor eleza,ac mizal…dan2 teringat arwah tok huhuh

15) ohh ituuuWahhhh btol ke @abby_abadi112 nk msuk balik gerak khas ?  uwahhhhhh xsbor den tQ dato @datuk_yusofhaslam ..kami rndu gerak khas yg dlu…klu blh serap @acmizal skali

Jom kita imbau klip video Abby Abadi sewaktu dalam Gerak Khas sebagai Inspektor Aliza

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Gnews

Sumber: hangat.com & IG Norman Hakim