“Dah Tua Pun Bod0h”- Kerana tindakan Lokman lapor polis, Farid Kamil Sekolahkan Lokman Adam kaw2

 

Pelakon Farid Kamil Zahari langsung tidak terkesan dengan laporan polis yang dibuat ke atasnya oleh penyokong anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam semalam.

Malah Farid mempunyai kata-kata keras buat Lokman.

Dihubungi Malaysiakini Farid berkata disebabkan dakwaan yang dibuatnya baru-baru ini berkaitan isu rasuah, Lokman sepatutnya membuat laporan kepada SPRM.

Bagaimanapun kata Farid Lokman mengadu kepada polis.

“Sepatutnya dia buat aduan kepada SPRM, biar depa (mereka) buat kerja, buat apa PDRM?

” Dah tua pun bodoh,” katanya kepada Malaysiakini malam tadi.

Semalam Lokman yang kini begitu menonjol sebagai watak yang membela Umno dan Najib Razak membuat laporan kepada polis ekoran dakwaan Farid terhadap amalan rasuah melibatkan kerajaan BN sebelum ini.

Sedia bagi keterangan

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 6 petang semalam.

Melalui laporan dibuat bagi pihak Lokman itu pengadu berkata Farid sengaja melempar fitnah bahawa dia cuba dirasuah sebanyak RM5 juta bagi pihak Najib dan isterinya, Rosmah Mansor.

Laporan itu juga menyebut, Farid membuat kenyataan berkenaan semasa sesi wawancara yang bersiaran secara langsung melalui sebuah program televisyen dan dipetik sebuah saluran YouTube.

Pengadu membuat laporan kerana mengesyaki pelakon Tombiruo: Penunggu Rimba itu menipu apabila gagal melaporkan cubaan merasuah tersebut pada 6 bulan lalu, selain mendedahkan nama individu yang terbabit.

Untuk rekod, ketika dihubungi hari ini, Lokman telah mengesahkan bahawa laporan telah dibuat bagi pihaknya dan akan hadir ke balai polis sekiranya diminta untuk memberi keterangan berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, menjawab tuduhan yang mengaitkan Farid sebagai penipu, suami aktres Diana Danielle itu berkata, dia mempunyai bukti kukuh bagi menyokong dakwaannya sebelum ini.

“Gambar pemberi rasuah dan lokasi di Mandarin Oriental semua ada,” katanya.

Namun, Farid menjelaskan dia masih belum mengetahui alasan sebenar didatangi individu bergelar Datuk Seri itu.

“Datuk Seri yang jumpa saya kata dia bekerja dengan Najib dan Rosmah, dan nak bagi duit RM5 juta, katanya buatlah apa nak buat, janji saya maafkan mereka berdua.

“Timbul keraguan, persoalan: kenapa berhajat besar sampai bawa duit RM5 juta supaya maafkan Najib dan Rosmah?

“Kejadian itu buat saya fikir ni salah satu petanda tak baik bakal berlaku dalam hidup saya,” katanya.

Farid pada masa sama turut mendedahkan terdapat beberapa orang artis yang memang “disenyapkan dengan wang.”

Baca Ada apa Farid mengomel pasal rasuah, kleptokrasi?

Katanya ada yang menerima sejumlah wang dalam plastik sebesar kotak tisu setiap seorang, agar tidak berpaling daripada kerajaan ketika itu.

“Itu sogokan tak berbaloi kerana tiada hasil kerja dilakukan, SPRM kena siasat perkara ni,” katanya.

Sementara itu memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat, BH melaporkan polis Selangor bakal memanggil Farid tidak lama lagi bagi mendapatkan keterangannya berhubung isu berkenaan.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana melakukan tohmahan atau fitnah.

Sumber: malaysiakini

“Mereka telah menghantar orang untuk rasuah saya 5 juta ringgit, tapi saya tak ambik. Akibat tidak ambil duit itu, dia timbul akibat lain…” – Farid Kamil dedah akibat menolak rasuah dari Kerajaan dahulu

 

Berlegar di media sosial sekarang, sebuah video berdurasi 1 minit lebih yang menampilkan Farid Kamil dalam satu rancangan bual bicara terbitan TV Al-Hijrah. Nampak macam talkshow biasa tapi isinya memang kebabom habis!

Menurut video yang dimuat naik website My Fokus Online, Farid Kamil mendedahkan yang dia telah cuba dirasuah kerajaan terdahulu sebanyak RM5 juta. Biaq betoi ni??

 

“Ambil duit ini dan maafkanlah Najib dan Rosmah” 

Meskipun tak tahu apa hujung pangkal kes dan sebabnya, Farid Kamil mendakwa ada individu yang datang kepadanya menawarkan wang RM5 juta supaya dia memaafkan bekas PM, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Ambil duit ini dan maafkanlah Najib dan juga Rosmah. So, saya rasa macam… untuk maafkan RM5 juta, saya rasa ia terlalu banyak dan agak luar biasalah permintaan tu. 

“Hanya sekadar untuk memaafkan, 5 juta itu tak cukup untuk saya,” katanya kepada pengacara dan artis jemputan, Aishah yang ada di situ.

Auto DraftSumber: My Fokus Online
Auto DraftSumber: My Fokus Online

 

Hilang kepercayaan kepada BN kerana cuba merasuahnya

Malah tambah Farid, dia juga telah hilang kepercayaan kepada kerajaan terdahulu kerana mereka telah menghantar orang untuk merasuahnya dalam amaun yang amat besar. Pun begitu, Farid menegaskan yang dia tidak ambil duit tersebut serta ada akibat lain yang diterimanya kerana tidak mengambil duit tersebut.

Menurut Farid lagi, duit tersebut hanyalah ‘perangkap’ bagi artis-artis yang berani dalam menyuarakan pendapat mengenai situasi politik pada masa tu. 

Tonton video penuh di bawah:

 

Lokman Adam buat laporan polis terhadap Farid Kamil

Susulan daripada viralnya video tersebut, Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam semalam telah membuat laporan polis terhadap pelakon Datuk Farid Kamil berhubung dakwaannya terima ‘suapan’ dari kerajaan BN, lapor Sinar Harian.

Auto DraftSumber: Sinar Harian

 

Kata Lokman, dakwaan yang dibuat Farid tu berat dan kena segera disiasat polis. Lokman juga pada masa yang sama menuduh Farid membuat dakwaan palsu dan menghina bekas PM dan isterinya, Datin Seri Rosmah.

“Perkara ini perlu disiasat oleh pihak polis supaya rakyat mengetahui kenyataan mana yang benar. Farid tidak boleh sewenang-wenangnya melontarkan fitnah dan mereka cerita yang tidak wujud.  

“Jika Farid tidak menipu, sudah pasti beliau telah melaporkan cubaan merasuah ini kepada pihak SPRM lebih 6 bulan yang lalu dan mendedahkan nama pegawai kerajaan yang telah cuba merasuah beliau bagi pihak bekas Perdana Menteri dan Isterinya,” katanya.

Macam-macam hal ye semenjak dua menjak ni. Tapi RM5 juta tu banyak jugak. Kalau betul, hebat sungguh Farid Kamil tak terima amaun sebanyak tu. Kalau orang lain dah gelap mata dah… 

Sumber; lobak merah

''Kerajaan Dahulu Cuba Rasuah Saya RM 5 Juta'' – Farid Kamil

''Kerajaan Dahulu Cuba Rasuah Saya RM 5 Juta Untuk Maafkan Najib & Rosmah'' – Farid Kamil

Posted by Senak Sejenak on Thursday, 8 November 2018