“Dah Tahu Instafam0us Letak Harga Murah, Kau Pun Janganlah..” – Syifa Melvin Tegur Sarah Hildebrand guna gelaran B0d0h?

Adik kepada Syatilla Melvin, Syifa Melvin menyuarakan pendapatnya yang tidak bersetuju dengan kenyataan aktres Sarah Hildebrand mengenai selebriti internet atau ‘Instafamous’ yang dikatakan mer0sakkan industri seni.

Sarah Hildebrand

Menurut Syifa sepatutnya ia perlu dipandang dari sudut positif untuk mewujudkan persaingan yang sihat dalam diri.

Syatilla & Syifa Melvin

“I totally disagree dengan statement Sarah, itulah dunia sekarang, kita tak boleh nak behentikan perkara sebegitu sebab dunia sekarang adalah dunia cyber, semua benda yang viral adalah dari kuasa Internet!

“Pandanglah dari sudut positive yang itu rezeki mereka “instafamous” dan wujudkanlah persaingan yang sihat dalam diri instead of calling people “stvpid”.

“Dah tahu instafamous letak harga murah, kau pun jangan lah letak harga melambung,” tulisnya.

Luahan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya semalam.

Mungkin Sarah tujukan instafamous yang raih populariti secara murahan seperti trending tarian di tik tok?

Tambah Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin akui terkesan dengan kata-kata Sarah kerana berbaur dengkki.

“Artis dah sah-sah keluar tv dah sah ramai orang tengok tv, medium untuk Instafam0us hanyalah di platform Internet yang tak semuanya mengenali mereka, kenapa perlu ada statement berbaur dengkki?

“Aku pun dikenali sebagai Instafamous terkesan sedikit banyak dengan statement Sarah.

“Ada artis yang setuju statement dia dan ada Instafamous yang setuju dengan statement aku..Sebab apa?

“Sebab kita dalam 2 bidang yang berbeza..Percayalah pada rezeki Allah, famous macam mana pun kau, kalau itu bukan rezeki dari Allah, takkan jadi hak kau jugak.

“Jadi jangan menuding jari pada golongan Instafamous bila job tak banyak masuk..

“Tapi doa pada Allah murahkan lagi rezeki!” tulisnya lagi.

Sumber : Astrogempak