Cikgu teringin nak makan durian, tapi tindakan satu kelas murid ini buat Cikgu mereka terharu

 

TIDAK mesti tidak dalam kehidupan seorang manusia mesti mempunyai guru. Selepas ibu bapa, guru adalah insan yang bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa dan mencorak masa depan generasi muda. Peranan guru amatlah besar dalam memastikan anak-anak muridnya mencapai kejayaan

Diriwayatkan oleh Imam At Thabrani, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu dengan ketenangan dan sikap hormat serta tawadhuklah kepada orang yang mengajarmu”.

Melalui pesanan baginda ini, dapatlah disimpulkan bahawa baginda sangat menitikberatkan soal menghormati guru. Malaikat Jibril a.s merupakan guru kepada Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa wahyu pertama diturunkan di Gua Hira’. Dalam peristiwa tersebut, baginda telah diajar oleh malaikat Jibril a.s untuk membaca surah Al-A’laq dari ayat satu hingga lima.

Begitu mulia tugas seorang guru dalam hidup setiap manusia. Kita seharusnya menghargai setiap pengorbanan guru dalam mendidik kita.

Sebuah video tular di media sosial apabila cikgu teringin nak makan durian. Keesokan hari, pelajar dalam kelas ini sepakat untuk memberi guru mereka kejutan dengan setaip orang membawa sebiji durian. Cikgu mereka begitu terharu apabila membuka beg setiap pelajarnya dan menjumpai sebiji durian. Begitulah kasih dan sayangnya murid ini kepada guru mereka

Kami dari team celotehsaje.com mendoakan adik2 ini berjaya dalam kehidupan mereka

VIDEO: baikkan anak-anak murid dia ni.. cikgu teringin nak makan durian, satu kelas bawak sebiji durian kasi cikgu
kredit: Viral Media Johor

bawak durian dalam beg!

baikkan anak-anak murid dia ni.. cikgu teringin nak makan durian, satu kelas bawak sebiji durian kasi cikgu 👍👍👍kredit: Viral Media Johor#erinsakura #esletop

Posted by Erin Sakura on Friday, 11 January 2019

Berikut reaksi dari netizan:

“boleh buat bahan bantu mengajar..tajuk buah2an tempatan…minggu depan bawa buah tembikai..cikgu nak ajar matematik ..tajuk pecahan ..belah dua.empat.lapan…lepas tu kita makan..cikgu tengok murid tak mampu beli buku tulis..pensel…pemadam..cikgu sediakan…sedekah…berkat ilmu disampaikan”

“Didikkan cikgu.. buat anak2 murid sygkan cikgu mungkin..”

“Untung la cikgu tu nak durian dapat durian…kalau sorang bawak sebijik dalm kelas ada 30 org…dah ada 30 bijik cikgu dah boleh meniaga kat pasar malam dah…sekarang durian mahal wuooo…”

“Ckg nk lukis gambar durian tu, suruh ank murid bawa yg ori. Lepas tu boleh mkn sama2.”

“Walaupun kecil itu amat berharga Thank you”