“Cari Dekat Padang Mahsyar” – PU Abu Tak Suka Teguran Caprice?

Selepas isteri PU Abu, Hana Azraa mengakui dia dan PU Abu kini sudah tidak lagi tinggal sebumbung dan dalam proses untuk bercerrai, ramai pihak terkejut dan memperkatakan mengenai sikap pendakwah bebas itu

Termasuklah penyanyi Caprice mengulas mengenai sikap PU Abu yang dikatakan tidak tahu nak kahwin menerusi video yang dimuat naik oleh Caprice di Instagram semalam.

Pelbagai kenyataan dan kec4man pedas dibuat Caprice yang secara langsung ditujukan khas kepada PU Abu.

“KITA DARIPADA PIHAK BAD BOYS NAK UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PU ABU KERANA ANDA BUAT BUDAK NAKAL SEPERTI KAMI NAMPAK BAIK. HALAL, BANG, CHOW.

“KITA ADA PU YANG TAK TAHU NAK KAHWIN. INI ADALAH BUKTI BAHAWA SEBENARNYA KITA BOLEH JADI B0DOH SERTA BUAT SILAP DAN KITA SEMUA GATAL,” – CAPRICE.

Kenyataan Caprice itu nampaknya tidak disenangi PU Abu apabila dia membuat penjelasan mengenainya menerusi video di laman media yang sama.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram semalam, Abu sekali lagi menafikan pengakuan yang dibuat isterinya, Hana.

“HUBUNGAN SAYA DENGAN ISTERI IAITU HANA AZRAA… KAMI BAIK-BAIK SAHAJA. KAMI OKEY, KAMI MASIH SUAMI ISTERI. KAMI MASIH TINGGAL SEBUMBUNG, BUKAN DUA BUMBUNG TAPI SATU BUMBUNG.

“JADI SPEKULASl BARU-BARU INI ADALAH KONFLIK KECIL YANG BERLAKU DI ANTARA KAMI. BIASALAH RUMAH TANGGA… SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGlGIT, INI KAN PULA KUSYEN DENGAN SOFA.

“SAYA HARAP NETIZEN DOA YANG BAIK-BAIK SUPAYA KAMI BOLEH HIDUP DALAM KEADAAN BAIK DAN HARMONI,” – PU ABU.

Menurut laporan mStar, belum lama selepas itu, Abu memadam video tersebut daripada akaunnya yang membuatkan tanda tanya kepada netizen.

“KEPADA SOMEONE (SESEORANG) ATAU SESIAPA SAHAJA YANG MUNGKIN TAK TAHU ASAL USUL CERITA A SAMPAI Z, LEBIH BAIK DIAM JANGAN ULAS ATAU KOMEN APA-APA.

“SEBAB KALAU KITA KOMEN FASAL BENDA TAK BETUL, IA BOLEH JADI FlTNAH DAN KALAU BETUL SEKALIPUN, IA JADI MENGUUMPAT. DARIPADA CAKAP TAK BAIK FASAL ORANG, LEBIH BAIK DIAM ATAU DOA YANG BAIK-BAIK TENTANG ORANG TU.

“SEBAB (DOSA) KITA DENGAN TUHAN BOLEH MINTA AMPUN DENGANNYA TAPI KALAU (DOSA) DENGAN MANUSIA, KITA KENA CARI DIA DEKAT PADANG MAHSYAR UNTUK MINTA MAAF DENGAN DIA. BANG, BANG, BANG…” – PU ABU.

Selain itu, PU Abu membidas semula kenyataan Caprice dan mengatakan jangan komen benda yang tak betul kerana ianya boleh menjadi fiitnah.

Walaupun di dalam video tersebut Abu tidak menyebut nama Caprice secara langsung, namun tagline “Bang, bang, bang” diketahui umum sering digunakan oleh Caprice.

Sumber : Tehpanas