“Buruknya Ketiak Kau Dik” – Kerana Foto Se ksi Ini, Alicia Amin Dikecam Lagi

 

Model dan pelakon yang sedang melakar nama, Alicia Amin telah memuat naik beberapa foto yang telah mengundang kecaman netizen.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

“How you feel before you go out vs how you actually act when you’re out,” tulisnya sebagai kapsyen untuk menggambarkan penceritaan gambarnya itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Alicia memuji kecantikan dan susuk tubuh langsing yang dimilikinya.

Namun begitu, ada juga netizen yang mengkritik penampilan Alicia.

“Buruknya ketiak kau dik,” tulis netizen terbabit.

Lebih menarik apabila Alicia yang tidak janggal dengan penampilan seksi itu membalas komen tersebut.

“I was waiting for the ‘ketiak’ person to comment.

“Tapi saya kecewa kerana komen yang diberi pendek sahaja.

“Tidak mengapa, semuanya baik-baik sahaja,” tulisnya berbentuk sindiran.

Ekoran perkara itu, ramai pengikut Alicia menyokong kenyataannya dan dan mengatakan netizen tersebut sanggup membuat akaun palsu semata-mata untuk mengkritiknya.

Alicia Amin Pernah Masuk Wad Psikiatri

MODEL Alicia Amin mendedahkan dia pernah dimasukkan ke wad psikiatri selama seminggu atas cubaan membunuh diri pada awal tahun lalu namun tidak pernah bercakap secara terbuka mengenai perkara itu.

Menerusi laman Instagram, Alicia atau Raja Alicia Raja Amin, 22, berkata, kejadian itu berlaku selepas dia tamat menjalani penggambaran program Asia’s Next Top Model (ANTM) musim kelima.

“Saya pernah bangun tidur di wad psikiatri dan terpaksa tinggal di sana selama seminggu kerana saya cuba membunuh diri tapi gagal pada awal 2017. Saya tidak pernah bercakap tentang perkara ini.

“Ia terjadi selepas tamat penggambaran ASNTM tetapi tidak siapa yang tahu, sebelum saya berpindah ke Melbourne dan saya belajar untuk berdiri untuk diri sendiri dan perkara-perkara yang saya percaya akan beri memberi inspirasi pada orang lain yang berasa seperti mereka dalam kegelapan.

“Enam bulan kemudian saya ambil gambar ini di Pulau Tenggol (Terengganu) dan belajar betapa sukarnya fotografi bawah air,” tulis Alicia.

Alicia berkongsi kisahnya yang tidak pernah diketahui umum di Instagram.

Pelakon drama Meh Sandar Lagi ini juga memberitahu semua akan melalui kesukaran serta kejahatan yang berbeza namun mereka perlu bertahan dan jangan menyerah kalah terlebih dahulu.

Kata Alicia berbekalkan kepercayaan, kemaafan dan kebaikan daripada dan kepada diri sendiri akan dapat membantu segalanya menjadi lebih baik.

“Saya tak boleh janji pada awak yang semuanya akan berjalan seperti awak inginkan, sebab kehidupan ini tidak boleh dijangka.

“Kita semua akan lalui kesukaran yang berlainan, kejahatan berbeza tetapi saya menggesa anda untuk bertahan lebih lama sedikit.

“Biarkan diri anda dengan beberapa kesilapan lagi dan katakan pada semua yang anda boleh, sebelum anda berfikir untuk menyerah.

Alicia akan sentiasa mengingatkan semua orang bahawa setiap wanita mempunyai hak.

“Anda akan terkejut dengan sedikit kepercayaan, kemaafan dan kebaikan akan bantu segalanya menjadi lebih baik,” ujarnya.

Dalam Pada itu, Alicia juga sentiasa mengingatkan semua orang bahawa setiap wanita mempunyai hak dan mereka sepatutnya berasa bangga dengan fizikal yang dikurniakan.

“Saya mengalu-alukan 2018 dengan lebih banyak perjalanan, hutan hujan tropika dan lautan – sentiasa perhatikan vlog!

“Saya akan terus memberitahu netizen bahawa setiap wanita mempunyai hak, kita sepatutnya menyukai warna kulit kita yang gelap dan semua orang mempunyai badan yang cantik,” katanya.

Gambar Seksi Alicia Amin Bersama Kucing Undang Kecaman Netizen

Model, pelakon dan bekas peserta Asia’s Next Top Model, Alicia Amin, 23 telah memuatnaik sekeping foto memegang seekor kucing di akaun Instagram miliknya.

Netizen menyifatkan foto tersebut mencolok mata kerana Alicia tidak memakai baju sebaliknya menutupi badannya dengan kucing tersebut.

Selain memberi kecaman, ada juga segilintir netizen mengatakan mereka berasa keliru untuk melihat Alicia atau kucing comel yang dipegangnya.

“Tak tahu mana satu nak tengok, nak tengok kucing atau badan Alicia”

“Baik kau tela**ang terus daripada tunjuk separuh,” tulis beberapa netizen.

Alicia memilih untuk berdiam diri tanpa memberi respon kepada komen-komen tersebut.

Dalam perkembangan lain, Alicia telah muncul dalam drama bersiri Alamatnya Cinta yang sedang bersiaran setiap Khamis jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Selain Alicia, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan hebat dari Hisyam Hamid, Hannah Delisha dan Cik Manggis.