“Bukan sebab merajuk” – Tuanku Azizah mohon jangan buat laporan polis kerana ini

Sejak beberapa hari lepas, media sosial kecoh dengan satu posting daripada seorang lelaki dikenali sebagai Firdaus Asraf yang dilihat bertindak kurang sopan terhadap Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah. Ramai meminta lelaki tersebut bertanggungjawab atas tindakan yang dilakukan.

Secara kebetulan, selepas muat naik tersebut tular, Raja Permaisuri telah bertindak menyahaktifkan atau deactivate akaun Twitter baginda dan sekali gus mengakibatkan warganet mengeccam posting lelaki tersebut.

Sedar keterIanjuran yang berlaku, Firdaus telah membuat permohonan maaf di Twitter dan mengakui kesilapan yang dilakukan. Beliau sanggup mengaku salah.

Akan tetapi, warganet masih tidak berpuas hati dan ada yang lebih berani telah tampil ke balai polis untuk membuat laporan berhubung muat naik tersebut

Oleh sebab perkara tersebut, baginda Raja Permaisuri Agong telah menyampai mesej dengan menjelaskan mengenai penutupan akaun Twitternya bagi menjernihkan kembali keadaan.

Perkara tersebut turut disampaikan oleh anakandanya iaitu Tengku Afzan menerusi Twitter rasmi baginda dengan jelas. Diharap rakyat tidak salah faham lagi.

Sehubungan dengan itu,  rata-rata pengguna Twitter mulai memahami keadaan tersebut dan akur dengan sebab utama yang dinyatakan oleh baginda.

Mereka turut meninggalkan komen diruangan posting Tengku Afzan tansa menyokong dan merindui Raja Permaisuri kesayangan rakyat.

Sumber : Amirul Shafiq Ahmad Zuperi, Tengkuafzan