Bila La Cik Kak Nak Berhijab?’ – Ini Respon ‘Pedas’ Rashidi Ishak Bila Peminat Tanya Bila Vanidah Imran Nak Berhijab.

Pelakon cantik dan manis, Vanidah Imran merupakan salah seorang artis yang masih kekal awet muda meskipun usia sudah 44 tahun. Tidak lekang daripada senyuman, Vanidah Imran diakui senang didekati peminat. Selain itu, sejak dari awal kemunculannya di industri seni, Vanidah jarang sekali dihimpit kontroversi hangat.

Malah, kehidupan rumahtangganya bersama suami, Rashidi Ishak juga jarang sekali terpalit sebarang isu sehingga kini sudah 17 tahun berumahtangga.

Namun, mesti ramai peminat mengharapkan Vanidah mula mengenakan hijab seperti kebanyakan artis yang lain. Namun, jawapan balas Vanida dan suami ini buat ramai orang kagum. Tak perlu melenting bila ditegur.

Seorang peminat bertanyakan Vanidah Imran di instagram, bila agaknya Vanidah akan berhijab? Vanidah menjawab dengan penuh sopan bahawasanya dia akan berhijab apabila tiba masanya nanti. Menurut Vanidah lagi, buat masa sekarang dia menumpukan kepada amal ibadah, jaga minda dan hati dari perasangka buruk mengenai orang lain. Suami Vanidah, Rashidi juga turut meninggalkan pesanan kepada lelaki tersebut, sangat panjang lebar dan ‘pedas’.

Seorang pengguna twitter mengagumi cara Vanidah dan Rashidi memberi respon kepada pertanyaan peminat. Yelah, tidak ramai yang mampu mengawal emosi apabila di serang makcik dan pakcik bawang. Mungkin kata-kata ‘pedas’ Rashidi itu boleh memberi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak mencampuri urusan orang lain?

InsyaAllah, sama-sama doakan semoga kebaikan kepada semua orang. Mana tahu ada doa yang dimakbulkan Allah swt.

Sumber: pisangcheese