“Biarlah Saya Dengan Cara Saya” – Pernah Dapat Tawaran GV, Iwan ToIak Dengan Cara Baik Kerana Ini

Bekas penyanyi dangduut Iwan Shahman mendeddahkan dia pernah menerima tawaran untuk menyertai program Gegar Vaganza (GV) namun menoIaknya dengan cara baik.

Menurut Iwan, dia kini lebih selesa untuk memilih jalan dakwah selepas berhijrah kira-kira enam tahun lalu.

“Saya pernah mendapat tawaran GV tapi pada masa itu saya tidak bersedia untuk kembali menyanyikan lagu-lagu komersial.

“Bukanlah saya nak meny0mbong tetapi biarlah saya dengan cara saya. Kini saya giat berdakwwah, memberikan ceramah dan rasanya lebih tenang,” ujar Iwan.

Iwan ditemui ketika majlis sidang media #ProjekMahligaiSyurga yang diadakan di Hotel TH, Kelana Jaya pada Isnin.

Tambah Iwan lagi, dia tetap memberikan sokongan kepada rakan-rakan seperjuangan yang menyertai rancangan tersebut.

“Saya berdoa agar rakan-rakan selebriti yang lain sentiasa dipanjangkan umur, murah rezeki dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT,” katanya lagi.

Antara laporan berita dari harian metro tahun 2015

TA

Selepas muncul dengan album Segalanya Allah pada 2011, Iwan Syahman, 53, kembali dengan album Rindu Allah Sayang Allah (RASA), memuatkan lagu lama nyanyiannya yang diberi nafas baru.

Iwan yang sinonim dengan genre dangdut sebelum ini akui takut kerana lagu ciptaannya dulu terlalu banyak melalaikan manusia terutama dalam mengingati Allah.

Malah dia sedar setiap lagu popularnya yang dimainkan di pusat karaoke dan kelab malam terutama pada waktu Maghrib dan Isyak, setiap dosa terhasil dia turut mendapat bahagiannya.

Katanya, selepas penghijrahannya, dia bertekad memberi nafas baru kepada lagu lamanya terutama daripada segi lirik dan susunan muzik.

“Lagu nyanyian dulu terlalu banyak memuja makhluk sehingga membuatkan saya pernah lalai pada agama.

“Ada peminat yang suka apabila saya lakukan perubahan ini, malah ada yang datang meminta maaf kepada saya kerana satu ketika dulu mereka pernah bersangka buruk dan mengutuk saya.

“Saya sudah lama memaafkan orang yang pernah berbuat salah kepada saya sama ada sedar atau tidak,” katanya.

Iwan atau Wan Syahman Wan Yunus kini menjalani kehidupan dengan tenang dan mahu mencari reda Allah. Kalau dulu daripada penyanyi dangdut yang sering bercerita mengenai cinta sesama makhluk serta mengajak peminat bergelek, kini dia mahu menjadi penyanyi dangdut yang menekankan mesej cinta Allah dan rasul dalam lirik.

Kata Iwan, perubahan dilakukan itu ada ceritanya yang tersendiri. Dulu dia diuji dengan pelbagai hal sehingga keluarganya pernah terabai. Perkahwinannya dengan Allahyarham Rosnah Mohd Noor menemui kegagalan manakala anaknya pernah terabai.

Sedikit perkembangan terbaru, Iwan bakal muncul pada konsert Malam Sinar Maulidurrasul bersama Rabbani, Daqmie dan Datuk Ustazah Siti Nur Bahyah yang akan diadakan pada 15 November bertempat di Tapak Bazarena Stadium Malawati Shah Alam.

GV2019 dibarisi enam penyanyi solo lelaki iaitu Sham Visa, Jatt, Roy, Ameer Sofazr, Hady Mirza dan Naqiu Boboy. Wann, Mazleela, Feeza, Noorshila Ami dan Nurfatima pula mewakili peserta wanita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber : KLPRESS