“Batuk darah, demam, darah tinggi..” – Sebulan sakit, Abby Abadi dimasukkan ke hospital

Setelah sebulan mengalami batuk berdarah, demam, darah tinggi dan cirit birit, pelakon Abby Abadi akhirnya dikejarkan ke sebuah pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan sejak kelmarin.

Perkara tersebut telah dikongsi menerusi laman Instagram milik bekas pelakon drama bersiri Gerak Khas itu dengan memuat naik beberapa keping gambar ketika berada di dalam sebuah wad.

“Allah bagi rehat kejap setelah sebulan batuk berkahak, berdarah, demam on off, darah tinggi dan cirit birit.

“Mula-mula ingat boleh baik sendiri, makan ubat batuk sudah dua botol tapi tak hilang2 juga batuk ni. Pastu datang penyakit lain lagi.

“Terima kasih suami berjaya bawak saya masuk wad hehe. Kerja elok2 ye, saya sayang awak. 

“Doakan ye sahabat agar saya dapat jaga diri, jaga badan dan jaga makan lepas ini. Degil Abby Abadi ni,” ujarnya menerusi posting tersebut.

Keadaan kesihatan bekas ahli kumpulan Elite itu mendapat keprihatinan netizen yang rata-rata memberikan ucapan semangat buatnya serta berharap agar dirinya kembali sembuh seperti biasa.

Selain itu, bekas suaminya Norman Hakim dan isteri Memey Suhaiza turut meluangkan masa melawat wanita berusia 40 tahun itu.

Sumber : Abby Abadi

 

Kredit: Ohmymedia