Bagasi yang seharusnya penuh dengan baju diisi makanan buat cucunya, perlakuan nenek ini buat ramai tersentuh! Sweet la nenek..

Kita biasanya akan memastikan pakaian kita cukup ketika bercuti sehingga ada antara kita yang sanggup membawa pakaian lebih dengan alasan takut jika baju yang dibawa tidak mencukupi.

Jika ada ruang kosong dalam bagasi barulah kita membawa bersama beberapa makanan ringan yang mudah dimakan. Tetapi lain pula yang dilakukan oleh seorang nenek semasa melawat cucunya di Kuala Lumpur.

Zaharah Mat Jelas yang dipanggil opah oleh cucunya baru-baru ini telah melawat cucunya sekaligus untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di Kuala Lumpur

Dia yang datang dari Kota Kinabalu, Sabah telah merancang untuk tinggal bersama cucunya selama dua bulan sebelum kembali semula ke kampungnya.

Apa yang menarik berlaku apabila bagasinya yang seharusnya dipenuhi dengan pakaiannya tidak diisi dengan baju-bajunya malah penuh berisi pelbagai makanan buat cucunya. Melihat akan apa yang dilakukan nenek itu telah menyentuh hati ramai orang, mana tidaknya apa yang dilakukan sangat sweet!

Sumber: mStar

Cucunya, Muhamad Shafiq, yang telah menjemputnya dari lapangan terbang walau bagaimanapun tidak tahu apa yang telah dilakukan neneknya itu.

Dia langsung tidak tahu bahawa beg neneknya penuh dengan makanan untuknya. Sebaik sahaja dia membuka beg itu dia sangat terkejut melihat segala macam makanan yang dibawa dari kampung – ikan kering, ayam, karipap, sayur-sayuran dan limau pun ada!

Sumber: mStar

Melihat tiada satu pun pakaian neneknya dia kemudian bertanya di mana baju neneknya dan neneknya hanya menjawab, “nanti kita pergi beli”.

Bercerita tentang neneknya Syafik memberitahu dahulu semasa neneknya tinggal di Perak dia suka membawakan makanan setiap kali dia datang melawat keluarganya dan dia tidak menyangka neneknya akan melakukan perkara yang sama selepas berpindah ke Sabah.

“Saya juga bertanya kepadanya bagaimana dia boleh melepasi mesin pengimbas bagasi di lapangan terbang. Dia berkata, ada pegawai kastam yang bertanya kepadanya tentang ikan yang dibawa tetapi mungkin kerana dia sudah tua pegawai itu hanya membenarkannya pergi.” Kata Shafiq lagi.

Sumber: mStar

Status yang telah dimuat naik oleh Shafiq di Instagram Story itu kemudian menjadi viral di media selepas status tersebut dikongsi oleh beberapa orang pengguna Facebook.

Sumber: mStar

Ramai netizens yang tersentuh dengan apa yang dilakukan nenek ini dan ada antara mereka yang turut berkongsi cerita mereka.

Seorang netizen memberitahu bahawa kebanyakan mereka yang dari Sabah sama seperti nenek itu, dan ibunya sendiri akan membawa pelbagai makanan yang tiada di Semenanjung untuk cucu-cucunya setiap kali dia datang melawat.

Seorang lagi netizen berkata bahawa ibunya akan membawa pelbagai jenis sayur-sayuran dari Kuching, Sarawak setiap kali dia melawat. “Cili, serai, halia, herba, ikan masin, ikan bilis dan daun pandan. Saya memberitahunya bahawa semua barang-barang ini sudah tersedia di dalam peti sejuk saya, tetapi dia mengatakan bahawa rasanya berbeza,” tulis seorang netizen.

Sumber: mStar