Azrinaz Mazhar Hakim timang anak perempuan, comelnya!

KUALA LUMPUR: Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan, jam 10.20 pagi, semalam.

Bayi itu dilahirkan secara normal dengan berrat 2.75 kilogram.Alhamdulilah tahniah diucapkan! Ramai menantikan  foto si comel yang baru lahir & pastinya comeI.

“Saya dimasukkan ke pusat perubatan dari jam 5.30 pagi. Beberapa jam selepas itu, anak saya dilahirkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan proses kelahiran juga mudah.

“Saya tidak menjangka semuanya berlaku begitu pantas. Mungkin kerana saya mengamalkan gaya hidup sihat, selain rezeki, semuanya menjadi mudah,” katanya.

AZRINAZ tak sangka kembali menimang cahaya mata selepas 11 tahun. Foto Ihsan Azrinaz Mazhar Hakim
Isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid itu berkata, dia begitu teruja apabila kembali menimang cahaya mata selepas 11 tahun.

“Nampaknya selepas ini, rutin hidup saya akan berubah dan mungkin terpaksa berjaga malam. Saya tidak kisah berk0rban kerana semua itu demi anak tersayang,” katanya.

Alhamdulilah tahniah diucapkan! Ramai menantika  foto si comel yang baru lahir & pastinya comeI! Namun Azrinaz berkata, ketika ini, dia masih belum bersedia berkongsi gambar wajah anaknya, malah nama hanya akan diumumkan selepas tujuh hari.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup pada 1 Mei tahun lalu. Azrinaz yang pernah menjadi penulis kolum di BH dan suami mula rapat sejak lebih setahun lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11.

Sumber: BeritaHarian