Anwar sekali lagi menunjukkan bakat mennyanyi bersama Alleycats. Lain macam

 

PASTI ramai yang mengetahui mengenai bakat seni Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang suka menyanyi dan menari.

Seperti biasa, beliau tidak kekok untuk menghiburkan tetamu yang hadir sama ada ketika menyampaikan ceramah politik atau di majlis makan malam.

Terbaharu, Anwar menerima tepukan gemuruh daripada tetamu Majlis Malam Galam PKR yang berlangsung di Shah Alam pada Ahad malam.

Tampil selepas dipelawa vokalis kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam, Anwar begitu sporting menyanyikan lagu Sampaikan Salam Cintaku secara duet.

Persembahan mereka turut diiringi anak perempuan mendiang Loganathan Arumugam, Dasya Logan.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar dan Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Tetamu yang hadir di Majlis Malam Gala PKR di Shah Alam semalam pasti tak akan melupakan pengalaman menyaksikan persembahan daripada ‘penyanyi istimewa’ yang tak disangka-sangka.

Presiden PKR Anwar Ibrahim sendiri dijemput ke atas pentas oleh penyanyi Alleycats, David Arumugam untuk sama-sama menyanyikan lagu Sampaikan Salam.

Persembahan mereka turut diiringi anak perempuan mendiang Loganathan Arumugam, Dasya Logan.

VIDEO:

Sebelum ini, Anwar Ibrahim – pernah nyanyi lagu untuk azizah

DSAI dlaam satu rancangan wawancara indonesia..mendedangkan lagu buat isterinya yg tersayang