Anak Sulung Datin Shahida Akan Jalani Pembedahan. Sebelum Pembedahan Anak Dia Tanya Doa Apa Yang Boleh Dia Baca. Ini Jawapan Datin Shahida

Anak Sulung Datin Shahida Akan Jalani Pembedahan. Sebelum Pembedahan Anak Dia Tanya Doa Apa Yang Boleh Dia Baca. Ini Jawapan Datin Shahida

Terharu rasanya! Kasih sayang isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida terhadap anak-anaknya tak pernah pudar.

Shahida telah berkongsi beberapa posting menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini mengenai perkembangan anaknya.

Membawa Anak Untuk Pembedahan Mata

Menurut Shahida , dia terpaksa membawa Ammar untuk buat pembedahan mata kerana sejak dia dilahirkan memang terlihat mata Ammar sedikit juling. Pada mulanya Shahida fikir ia hanya juling air namun ia semakin ketara selepas Ammar semakin dewasa.

Katanya lagi, dia bersyukur dengan kecanggihan teknologi perubatan zaman sekarang mata juling yang di alami oleh boleh dibetulkan menerusi pembedahan.

Rawatan Juling Mata

Menurut satu kajian perubatan dari USM, masalah mata juling berlaku apabila salah satu mata memandang lurus manakala satu mata lagi tersasar sama ada juling ke luar, ke dalam, ke atas atau ke bawah. Masalah ini disebabkan oleh ketidakseimbangan antara dua otot yang memegang bola mata. Kesedaran mengenai masalah rawatan mata juling perlu disebarkan kepada masyarakat supaya mereka yang mempunyai masalah ini dapat dibantu untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. – Kredit: Hangat

Apakah Doa Boleh Ammar Baca.

Bila ammar tanya ada doa x mama supaya x sakit…mama bg doa yg selalu mama baca setiap kali sakit bersalin je lah.

“Lailaha ila anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin”

Maksudnya : “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.(Surah Al-Anbiya’ : 87).

Semoga Ammar cepat sembuh mata…..dia selalu mengadu dulu kawan2 selalu ejek mata dia…..Insya Allah lepas ni dah x ada orang ejek lagi ya.

 

SUMBER : Instagram Datin Shahida