“Amboi muka tuu..!” – Gelagat seekor kucing dimandikan di sinki menarik perhatian

Hampir setiap hari kita melihat gambar dan video kucing comel yang dimuat naik di laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Kebanyakan kucing berbaka premier ini berbulu tebal, montel dan sungguh manja sehingga apa sahaja ragam mereka kita lihat sangat comel dan menghiburkan. Jadi ramailah yang meletakkan komen ‘comelnya’ dan ‘geramnya mahu peluk’ bagi menunjukkan sayang mereka terhadap haiwan ini.

 Video Mimi dimandikan di sinki dengan diletakkan di dalam periuk besi telah tular di media sosial, dan rata-rata netizen memuji Mimi yang berkelakuan baik ketika dimandikan.

Memandikan kucing bukan satu perkara yang mudah & pencinta kucing tahu cabaran yang bakal dihadapi. Kebanyakan kucing takut akan air & ianya normal. Lainlah jika kucing anda tidak takut air, anda adalah sangat beruntung.

Kesabaran tinggi amat diperlukan  kerana kebanyakan kucing akan meronta-ronta ketika dimandikan untuk mengelak daripada diri mereka basah.

Lain pula dengan seekor kucing yang diberi nama ‘Cute Mimi’ oleh pemiliknya, Cik Liao. Menurut beliau, Cute Mimi sangat mudah untuk dimandikan.

Mimi akan menunggu Cik Liao pulang daripada kerja setiap hari untuk menuntut snek kegemarannya.

Mimi selalu dimandikan di sinki dengan diletakkan di dalam periuk besi. Mimi kelihatan santai dan tidak meronta-ronta ketika dimandikan.

Berikut adalah videonya:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=309744043223749&id=806636146124860&source=48

Selain mudah dimandikan, untuk memotong kuku Mimi juga merupakan kerja yang mudah. Walaupun Mimi kelihatan sedikit meronta, tetapi setelah dipujuk, Mimi akan duduk diam.

Oleh itu, Cik Liao mengambil keputusan untuk memeliharanya. “Mimi berusia tiga bulan ketika saya mengambilnya di pasar. Mimi adalah kucing pertama saya dan saya tidak pernah memelihara kucing sebelum ini,” kata Cik Liao.

Menurut Cik Liao, Mimi adalah seekor kucing jalanan. Cik Liao kesian apabila melihat Mimi disepak oleh kanak-kanak nakal di pasar sayur-sayuran.

Sumber: Coiame/Facebook via EraBaru