“Amar Patut Jumpa Saya..Mungkin Boleh Beri Nasihat” – Ashraf Muslim Tak Sangka Rakan Baik Ada 2 Isteri

Pelakon Ashraf Muslim terkejuut dengan ketegangan yang berlaku dalam rumah tangga rakan baiknya, Amar Asyraf baru-baru ini.

Menerusi pendedahan demi pendedahan sejak minggu lalu, Ashraf berpendapatn Amar sepatutnya bijak mengendalikan situasi terutama menggalas amanah dalam hidup berpoIigami.

“Amar sepatutnya perlu jumpa saya dahulu, mungkin saya boleh beri nasihat,” katanya berseloroh.

Tambah Ashraf, Amar punyai hak untuk merahsiakan situasi sebenar rumah tangganya daripada umum namun harus berani menanggung akibatnya selepas ini.

“Tiada masalah untuk merahsiakannya (poaiigami) tetapi kena ingat sebagai selebriti ramai nak tahu keluarga kita.

“Kalau boleh kita sampaikan kepada masyarakat supaya mereka faham. Nak kahwin tiga, boleh tiada masalah cuma kalau boleh kita buat dengan cara betul.

“Perlu banyak bersabar. Bijak uruskan segala apa saja berkaitan rumah tangga,” ulas Ashraf kepada Gempak.

Saran Ashraf lagi, seseorang lelaki yang ingin berpoIigami seharusnya berkemampuan dalam banyak aspek.

Video

“Tiada masalah untuk berpoIigami sekiranya mampu untuk menjaga isteri dan anak-anak.

“Paling penting menggalas amanah yang Allah berikan.

“Mampu pun merangkumi banyak perkara termasuk masa, kewangan dan kasih sayang,” katanya ketika ditemui pada acara Megaklinik Zahran Fun Run Heart for Heart di Bandar Baru Bangi, Selangor semalam.

Ashraf mendirikan rumah tangga bersama isteri pertama Noor Dayana Lokman pada Ogos 2011 dan mengambil keputusan untuk beristeri lagi dengan Wan Sakinah pada Julai 2013.

Hasil perkahwinan mereka, Ashraf dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 4, Anas Ashraf, 3, Adam Ashraf, 2, dan Safiyyah Ashraf yang berusia setahun.

Minggu lalu, industri hiburan kecoh apabila seorang wanita tampil mendedahkan sikap sebenar pelakon Amar Asyraf yang nyaris memperisterikannya.

Malah, situasi sebenar rumah tangga Amar juga dibongkarkan apabila pelakon itu sebenarnya sudah beristeri dua.

Sumber : Astrogmpak