Alisa Naik Ruam Pada Pipi, Hanis Zalikha Kongsi 5 Tip Yang Berkesan Buat Ibu Bapa

Pelakon dan hos, Hanis Zaikha ada berkongsi tips dan kaedah yang dirasakan paling ampuh bagi mengatasi masalah ruam di kalangan bayi baru lahir.

Terdahulu, permata hati kedua kesayangan Hanis dan suaminya, pelakon Hairul Azreen dilahirkan pada 24 Mei lalu.

Bayi perempuan comel yang diberi nama Alisa Aisyah ini pada awalnya ada mengalami ruam pada pipinya, tumbuh biji-biji haIus keciI, kemerahan dan meIecet pada pipi.

“Bila Alisa naik ruam pipi. Berbekalkan pengalaman Mommynis dengan Yusuf juga sebelum ni, Mommynis compile tips untuk anak seterusnya. Boleh manfaatkan kalau serasi ya,” tulis Hanis lalu menyenaraikan lima langkah mengekangnya.

Lima langkah tersebut ialah;

1. Setiap kali penyusuan, bersihkan muka dia dengan kapas muka dan air. Tapi jangan lap, cuma ‘dab dab’ sahaja. Jangan guna wet wipes yang ada bau wangi / napkin muslin / sapu tangan jenis towel kassar. Mommynis guna breastfeeding wipe, ia memang sekadar kapas dengan air je.

2. Kalau jenis mandi basuh muka baby dengan sabun, hentikan. Tak kisah sabun organik ke gentle to the skin ke. Naik ruam dekat mana-mana je berhenti guna sabun kejap. Sebab sabun boleh keringkan kulit dan merahkan lagi ruam tu. Memadai bilas dengan air je.

3. Kalau boleh, kurangkan direct feeding kejap sampai reda merah. Sebab gesseran dengan kulit ibu tu pun buat dia tak sempat sembuh.

4. Jumpa doktor. Doktor bagi Alisa krim Ceradan. Sapu pagi dan petang lepas mandi.

5. Perhatikan diiet ibu. Ada tak makan makanan yang triger aIIergy. Stop kejap makan makanan tu okay ya faham sedap ayam masak merah. I’ve tried letak susu ibu dekat ruam/bancuhan tepung ubi / krim bepanthen. Krim Bepanthen okay turun merah, tapi biji-biji masih ada.

Sumber : Mediahiburan