Akhirnya Terb0ngkar Pelajar Yg Disangka Hilang, Rupanya Ini Kejadian Sebenar! “Tiba2 Saya Ditarik Masuk Kereta”

“Alhamdulillah saya selamat,” demikian kata pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang ke ibu negara pada Selasa lalu.

Muhammad Harraz Hilmi Mohd Shukri dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas gagal dihubungi sebaik tiba di Putrajaya dengan menaiki bas dari Kota Bharu, Kelantan.

Remaja berusia 16 tahun itu ketika dihubungi mStar berkata, pada hari kejadian dia tiba di Putrajaya dan kemudiannya mengambil ERL ke KL Sentral untuk pulang ke MTD di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Malang tidak berbau kerana ketika sedang berjalan menuju ke KL Sentral, tiba-tiba Harraz telah ditarik ke dalam kereta oleh orang yang tidak dikenali.

“Saya dir0mpak. Ada sebuah kereta mendekati saya dari belakang, dan tiba-tiba keluar seorang yang tidak dikenali menarik saya masuk ke kereta.

“Mereka rampas telefon bimbit dan beg duit yang diletak dalam poket seluar.

“Selepas itu saya dilepaskan tanpa mengalami sebarang kecedderaan,” ceritanya kepada mStar mengenai pengalaman ngeri yang terjadi Isnin lalu.

Jelas Harraz, ketika kejadian itu menimpa dirinya, dia agak buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Mujur dalam beg sandang saya ada kad ATM yang mempunyai duit RM50, jadi dengan duit itu saya beli tiket balik semula ke kampung (Kota Bharu).

“Ibu bapa memang terkejut sebaik sahaja nampak saya tiba di rumah pagi semalam (Rabu),” jelasnya yang masih travma.

Tambah Harraz, susulan kejadian r0mpak yang menimpanya itu, dia terpaksa mengambil keputusan untuk bercuti bagi menenangkan fikiran.

“Sekarang saya masih di kampung. Kejadian ini sudah dimaklumkan kepada MTD dan saya diberi keIonggaran untuk tenangkan fikiran.

“Manakala kes ini juga masih dalam siasatan pihak polis,” jelas anak ketujuh daripada sembilan beradik ini.

Dalam masa sama, Harraz turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mencarinya ketika dia dilaporkan hilang.

“Jadikan kejadian ini sebagai iktibar kepada semua agar berwaspada dan pastikan ada peneman apabila berjalan di ibu kota,” katanya.

“Mesej Dah Sampai Putrajaya, Lepas Tu Langsung Tiada Berita”, Pelajar Maktab Tentera Diraja Hilang

“Kali terakhir dia mesej kata dah sampai Putrajaya dan nak makan sekejap, lepas tu langsung tak dengar berita,” ujar bapa kepada seorang pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) yang hilang sejak Isnin.

Menurut Mohd Shukri Mohamed, anaknya Muhammad Harraz Hilmi menaiki bas ke Putrajaya selepas pulang bercuti di Kota Bharu, Kelantan sejak seminggu lalu.

“Dia seorang yang berdikari dan sudah biasa menaiki bas seorang diri ke Putrajaya pukul 12.40 tengah hari. Biasanya selepas tiba di Putrajaya dia akan naik MRT ke maktabnya.

“Sebaik sampai dia ada mesej dan beritahu nak pergi makan sekejap, tapi lepas itu langsung tidak terima berita,” katanya mengenai anak remajanya yang berusia 16 tahun itu ketika di hubungi mStar.

Kata Mohd Shukri, pada sebelah malam, salah seorang bapa kepada pelajar MTD menghubunginya dan memaklumkan anaknya tiada di maktab.

“Hari ini pegawai Maktab Tentera Diraja ada hubungi saya memberitahu anak saya belum daftar masuk,” ujarnya

Bapa kepada sembilan anak ini memberitahu, susulan berita kehilangan Harraz itu, dia telah meminta abang remaja itu untuk mencarinya.

“Abang dia dah cari di semua stesen bas. Namun masih belum ditemui atau tak terima apa-apa berita. Malah hari ini juga abangnya telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi,” tambah Mohd Shukri.

Bercerita mengenai anak ketujuhnya itu, Mohd Shukri memberitahu dia tidak nampak sebarang perubahan atau tanda-tanda pelik pada Harraz.

“Seperti biasa balik bercuti dia banyak berehat di rumah. Hari Raya tu pun dia okay sahaja.

“Saya tak tahu nak fikir apa. Buntu. Saya harap dapat jumpa dia secepat mungkin dan berada dalam keadaan selamat,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Asia Kini

Sumber: mstar via AsiaKini