Adoi boleh pulak hantu ni salah masuk kampung. Memang kelakar habis

 

 

Zombi Kilang Biskut jadi taruhan

Image result for Zombi Kilang Biskut

ZOMBI Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin Mon & Jin Pakai Toncit adalah antara filem arahan sutradara, Mamat Khalid yang sering mencuri tumpuan masyarakat.

Mana tidaknya, barisan pelakon yang ditampilkan bukanlah calang-calang, malah mampu memberi impak yang berkesan.

Ini terbukti apabila watak Usop Wilcha yang dimainkan oleh Syed Mohamad Asri atau Shy8 berjaya mencetuskan fenomena yang luar biasa.

Lantas kesinambungan fenomena itu cuba dikekalkan oleh pengarahnya menerusi filem terbaru iaitu Zombi Kilang Biskut.

Masih mengekalkan beberapa pelakon seperti Awie, Man Kadir, Delimawati, Sofi Jikan, Zainuri Misfar, filem ini turut menampilkan pelakon baharu iaitu Dayana Roza, Eina Azman dan Syuq Balas.

Berkesempatan meluangkan masa bagi sesi fotografi bersama Shy8 dan Dayana, Zass turut berkongsi pengalaman mereka menjalani penggambaran filem tersebut.

Mari kita tinjau apa kata mereka!

Usop tampil bertongkat

Kekal memegang watak yang sama, Shy8 memberitahu penampilan Usop kali ini berbeza daripada filem sebelumnya.

“Jika sebelum ini Usop hanya bergerak dengan kerusi rodanya, kali ini dia tampil dengan bertongkat.

“Penampilan ini sengaja dilakukan supaya wataknya ada kelainan, tapi gaya tangannya masih dikekalkan kerana itulah trademark Usop dalam cerita ini.

“Sudah tentu dari segi kepuasan berlakon, ia memberi kelebihan kepada saya kerana sebelum ini saya agak terbatas melakukan pergerakan dengan berkerusi roda,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai wataknya, Shy8 memberitahu karakter Usop lebih menyerlah dalam filem ini berbanding filem Husin Mon & Jin Pakai Toncit.

“Usop dan Hussein adalah watak utama. Jadi secara keseluruhan, cerita ini banyak melibatkan watak yang kami pegang.

“Oleh itu, kalau ada peminat yang tidak puas melihat kemunculan Usop sebelum ini bolehlah menyaksikan Zombi Kilang Biskut,” katanya.

Setanding Hantu Kak Limah Balik Rumah

Melihatkan keseluruhan jalan cerita, Shy8 yakin Zombi Kilang Biskut adalah sebuah filem yang menarik untuk ditonton.

“Selama ini saya tidak pernah meletakkan harapan terhadap filem-filem yang saya lakonkan. Tapi kali ini ia berbeza.

“Sebenarnya saya seorang yang sukar untuk ketawa, tapi sepanjang menjalani penggambaran, kami tidak kering gusi dan ini membuktikan filem ini benar-benar menghiburkan kerana banyak elemen spontan yang diselitkan.

“Boleh dikatakan, filem ini mungkin akan setanding dengan fenomena filem Hantu Kak Limah Balik Rumah,” katanya.

Menurutnya, kepakaran pengarah dan juga pelakon yang ada menambahkan lagi keyakinannya terhadap filem tersebut.

“Saya sudah biasa bekerja di bawah Mamat Khalid, jadi itu tidak beri masalah kepada saya untuk beri yang terbaik. Lebih menyenangkan sebagai pengarah, dia juga tahu di mana kelebihan dan kekurangan saya.

“Begitu juga Awie yang juga pelakon utama dalam filem ini. Saya dapati kombinasi kami memang agak kuat,” ujarnya.

Bukan pelawak!

Biarpun sering dilihat berlakon dalam drama mahupun filem komedi, bekas penyampai radio Hot FM ini memberitahu, dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai seorang pelawak.

“Saya adalah pelakon komedi dan tidak pernah meletakkan diri sebagai seorang pelawak kerana hanya orang tertentu sahaja ada bakat itu.

“Sebenarnya kalau diikutkan, watak Usop adalah serius tapi disebabkan jalan cerita dan dialognya, ia buat orang tertawa,” jelasnya.

Pada masa yang sama, dia juga tidak pernah memilih watak untuk dilakonkan, tetapi lebih mementingkan kualiti keseluruhan sesuatu skrip sebelum menerima tawaran.

“Sebenarnya itu semua terpulang dan susah untuk saya meletakkan sasaran dalam perkara ini.

“Saya tidak kisah memegang watak apa sahaja asalkan ia memberi impak dalam cerita itu. Pada masa yang sama, skrip tawaran itu mestilah menarik dan berbeza dengan lakonan saya sebelum ini,” katanya.

Dayana teruja!

Memegang watak baharu sebagai Sofea, bekas pelajar program Anak Wayang ini mahu berkongsi pengalaman berlakon dengan nama besar yang terlibat sama dalam filem ini.

“Alasan utama saya setuju dengan tawaran ini adalah kerana Mamat Khalid. Saya amat kagum dengan hasil kerjanya dan peluang ini adalah amat bermakna buat saya.

“Tambahan pula barisan pelakon yang terlibat semuanya hebat-hebat, jadi tidak ada sebab saya tolak tawaran ini,” katanya.

Berkongsi cerita mengenai pengalamannya menjalani penggambaran, Dayana memberitahu walaupun watak yang dipegang tidaklah besar, namun ia masih memiliki cabaran yang tersendiri.

“Bagi saya setiap lakonan ada cabarannya walaupun sekecil mana watak yang dibawa.

Sebagai pelakon, kita perlu sentiasa beri kelainan supaya ia tidaklah membosankan.

“Selain daripada itu, penggambaran yang dilakukan pada waktu malam juga beri cabaran kerana saya perlu sesuaikan masa tidur pada siang hari. Tapi itu semua banyak mengajar dan memberi pengalaman baru buat saya,” katanya.

Sudah mula ‘demand’?

Biarpun sudah lima tahun berada dalam industri lakonan, namanya masih tidak setanding dengan beberapa pelakon baharu lain yang kini telah memiliki platform yang tersendiri.

Bagaimanapun, Dayana akui ia mungkin berpunca daripada sikapnya yang tidak serius dalam menjalani kariernya sebelum ini.

“Karier saya bermula ketika usia saya 18 tahun. Ketika itu saya memang kurang serius dan hanya bekerja untuk dapatkan wang tanpa memikirkan tentang masa depan.

“Selepas lima tahun berlalu, saya mula sedar mengenai perkara itu. Semakin hari persaingan semakin sengit jadi saya perlu ada perancangan untuk terus berada lama dalam industri ini,” katanya.

Bagi memperbaiki kariernya, Dayana kini mahu lebih selektif dalam memilih tawaran yang diberikan kepadanya.

“Saya bukan demand tapi saya mahu lakukan kerja yang berbaloi untuk karier. “Saya juga ada komitmen jadi saya tidak mahu buat kerja yang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja,” katanya

Zombi Kilang Biskut Pontianak salah masuk kampung

Mengisahkan Husin yang kembali ke kampung pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai juruteknik selepas kecewa di Singapura.

Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Wahab B, Pian dan Sofea. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang tempat mereka bekerja.

Secara tidak langsung, kampung mereka juga turut didatangi hantu Kamariah yang ingin mencari Usop yang telah membunuhnya. Ramai lelaki yang menjadi korban Kamariah termasuk zombi dalam usahanya mencari Usop.

Konflik ini mencetuskan huru-hara di kampung pisang dan keadaan bertukar menjadi kucar-kacir selepas mereka mendapat tahu zombi mula menyerang.

Husin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian bersama-sama berusaha menentang zombi, tetapi semasa mereka hendak menyerang zombi, mereka diserang pula oleh hantu Kamariah.

VIDEO:

sumber: sinar harian, wikipedia

edited by:  theexpressviral