7 SELEBRITI MEMILIKI WAJAH ‘BABY FACE’! YANG NO 3 TU DAH UMUR 43 TAPI MASIH NAMPAK MUDA! APA RAHSIANYA?

7 Selebriti Memiliki Wajah ‘Baby Face’! Yang No 3 tu Dah Umur 43 Tapi Masih Nampak Muda! Apa Rahsianya?

Miliki wajah baby face memang menjadi dambaan orang ramai. Mana tidaknya, walaupun sudah berusia, namun wajah masih maintain cantik dan comel bak gadis sunti gitu.

Miliki wajah baby face memang menjadi dambaan orang ramai. Mana tidaknya, walaupun sudah berusia, namun wajah masih maintain cantik dan comel bak gadis sunti gitu.

Admin kongsikan beberapa selebriti yang memiliki wajah ‘baby face’. Haa, ada antara mereka sudah 40an ya! Tak caya? Tengok ni.

Tapi serius bertuah individu yang miliki wajah seperti ini sangat bertuah kerana foreveryoung!

Jom #MHBelanjaGambar untuk korang 7 selebriti yang memiliki wajah baby face. Mana satu fav korang?

1.Nora Danish

2.Sari Yanti

3.Amy Mastura

4.Elyana

5.Liyana Jasmay

6.Wawa Zainal

7.Lisa Surihani

Sumber mediahiburan.my

Petua Cantik Alami:

1.BUAH Timun Sebagai Pencuci Muka

Gunakan air pati timun sebagai pencuci muka semula jadi. Air yang dihasilkan dari buah timun dapat membantu menghaluskan dan menegangkan kulit muka.

Caranya:

Hanya perlu kisar buah timun dan masukkan sedikit air. Cuci muka seperti biasa dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Kulit wajah rasa lebih bersih, segar dan sejuk dengan pati buah timun tersebut.

2.BUAH Tomato Sebagai Toner (Penyegar)

Buah tomato bertindak sebagai skin toner atau penyegar wajah. Buah Tomato mampu membantu merawat jerawat, jeragat dan kulit kusam.

Caranya:Kisar beberapa biji tomato sehingga menjadi pes. Ambil pes dan tekap pada muka selama 10 minit atau bahagian kulit yang tidak sekata.Jika dilakukan setiap hari, ia akan mengecilkan pori-pori di muka menjadikan kulit lebih licin.

3.BUAH Lemon Sebagai Masker Kurangkan Parut

Buah Lemon miliki khasiat tersendiri untuk kecantikan wajah. Enzim didalam jus lemon membantu membuang sel-sel mati pada kulit secara tak langsung mengurangkan warna parut ,melembutkan serta melicinkan kulit wajah. Jus buah lemon ini bagus digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Caranya:Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua seminggu.

4.BUAH Sengkuang Untuk Lembabkan & Cerahkan Wajah

Masalah kulit wajah kering dan tona warna gelap tidak sekata boleh diatasi dengan menggunakan buah sengkuang.Selain memutihkan, mencerahkan, menghilangkan bintik hitam (blackhead), sengkuang juga dapat menegangkan kulit agar kelihatan awet muda.

Caranya:Kupas buah sengkuang (pilih buah yang bersaiz kecil) kemudian parut dan oleskan pada wajah. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu bersihkan dengan air. Lakukan satu atau dua kali seminggu.Hasilnya kulit wajah lebih lembab dan jadi lebih cerah.

5.BUNGA Mawar Untuk Hilangkan Lebam Bawah Mata

Bunga mawar tinggi kandungan vitamin C. Ia dapat mengatasi kekeringan dengan melembapkan kulit dan mengatasi kulit yang kemerahan akibat terdedah dengan sinaran matahari. Mawar juga berfungsi untuk mendinginkan kulit, mengecilkan pori-pori dan paling penting mampu menyamarkan lingkaran hitam dibawah mata.

Caranya:Rendam lebih kurang 8 kelopak bunga mawar dalam 3-4 sudu air selama 2-3 jam. Kemudian hancurkan kelopak bunga mawar tersebut di dalam air rendaman dan tambah 3 sudu madu. Campurkan hingga sebati dan sapukan pada seluruh muka. Biarkan selama 15-30 minit. Bilas dengan air sejuk.

Sumber : mingguanwanita